SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

"RABBANAA AATINA FIDDUNYA HASANAH
WA FIL AKHIRATI HASANAH
WA QINA ADZABANNAR...."

ya tuhanku, berikanlah kepadaku kehidupan dunia yang baik,
kehidupan akhirat yang baik dan jauhkan kami dari seksa api neraka.....

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT FOLLOW SEMUA

ILMU DAN HARTA









VS





apakah perbezaan ilmu dan harta... ilmu adalah sesuatu yang lebih baik daripada harta. ini kerana manusia tidak menjaga ilmu sebaliknya ilmu yang menjaga manusia. berbeza dengan harta yang mana manusia perlu menjaga harta mereka jika tanpa ilmu.

ilmu itu sendiri juga adalah membezakan orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. orang yang mengetahui adalah orang yang melakukan sesuatu perkara dengan menggunakan akal fikiran mereka yang berdasarkan ilmu yang mereka miliki.

manusia, jika hanya mempunyai harta yang banyak sekali pun, akan tetapi tiada ilmu. mereka adalah menusia yang dalam kerugian. ini kerana memiliki harta belum dapat memastikan seseorang itu berjaya di dunia dan di akhirat.

kita juga dapat katakan memiliki ilmu lebih baik daripada harta kerana, ilmu jika kita belanjakan atau kembangkan ia akan bertambah dan terus berkembang dari masa ke semasa. lain pula dengan harta yang mana jika kita belanjakan ia tanpa ilmu akan berkurangan dan tidak mendapat keberkatan dari Allah.

jadi, sebagai manusia marilah kita berusaha dalam mencari ilmu sama ada fardhu ain ataupun fardhu kifayah. ini kerana, manusia yang berilmu tanpa harta lebih tinggi darjatnya disisi Allah berbanding dengan manusia yang mempunyai harta tanpa ilmu. ini menunjukkan ilmu itu adalah sangat penting bagi manusia dalam pengembaraan mereka di dunia ini dalam menuju ke destinasi yang mereka tujui dan kekal abadi.

No comments:

Post a Comment