SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

"RABBANAA AATINA FIDDUNYA HASANAH
WA FIL AKHIRATI HASANAH
WA QINA ADZABANNAR...."

ya tuhanku, berikanlah kepadaku kehidupan dunia yang baik,
kehidupan akhirat yang baik dan jauhkan kami dari seksa api neraka.....

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT FOLLOW SEMUA

8 PERKARA YANG AKAN HILANG DAN TIDAK BERGUNA:~




~ILMU yang PENUH di dada tapi tidak diamalkan.
~PERBUATAN yang BAIK tapi tidak ikhlas.
~HARTA yang BANYAK tapi tidak dinafkahkan. ...
~HATI yang SEGAR tidak diisi dengan cinta kepada Allah.
~BADAN yang SIHAT tapi tidak mampu taat kepada Allah.
~CINTA yang BERSUNGGUH tapi tidak diikat dengan keredhaan Allah.
~WAKTU yang LAPANG tapi tidak diguna untuk mendekatkan diri kepada Allah.
~FIKIRAN yang BAGUS tapi diguna untuk hal yang tidak berguna.


SATELIT : ORANG RAMAI DINASIHATI TIDAK SENTUH OBJEK PELIK


KUALA LUMPUR: Agensi Angkasa Negara hari ini menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui kerana berkemungkinan ia serpihan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Sebaliknya, agensi itu dalam satu kenyataan di sini meminta agar penemuan berkenaan dimaklumkan kepada mereka bagi tindakan lanjut.
Laporan NASA yang dipetik collectSPACE.com menyatakan satelit seberat enam tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu.
Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat. - BERNAMA

SENYUMANMU


wahai sahabatku....

satu senyuman itu mampu menutup seluruh kedukaan yang ada dalam hati yang sedang lara.....

mumkin di luar senyuman itu nampak penuh dengan keamanan....

tetapi dalam hati ia sebenarnya berperang dengan suasana sedih dan pilu.... kerana senyuman itu adalah pengubat hati yang luka..

SAYANG

SAYANG ALLAH SYURGA TERBUKA

SAYANG RASUL menjauh neraka

SAYANG AGAMA elak petaka

SAYANG IBU jangan derhaka

SAYANG AYAH elak di murka

SAYANG IMAN amal di rangka

SAYANG HATI berbaik sangka

SAYANG ILMU tiada pusaka

SAYANG NYAWA usah di teka

SAYANG HARTA pada ketika

SAYANG SAUDARA menbalut luka

SAYANG KEKASIH semaikan suka

SAYANG SAHABAT sanggup terluka

SAYANG KAWAN manisnya muka..

SAYANG MARUAH DIRI di muliakan di akhirat..

SEBAIK-BAIK SYAFAAT


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :

“Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikafankan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir akan datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.”

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :

“Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua kerana,

'Sampaikanlah pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

MACAM INIKAH KAWAN SEBILIK



mat : weh lan, aku nak pinjam laptop kau boleh tak???..,

lan : pakai la.. tu ada kat atas meja

mat : lan, apa password laptop kau ni?,

lan : tak boleh

mat : cepat la woi..bagitau la password laptop ni.. aku ada kerja penting ni…

lan : aku kata tak boleh, tak boleh lah.. tak faham bahasa???

mat : kedekut siot kau ni.. tak pa lah

lan : eh mat, kau nak pergi mana tu? tadi kata nak pinjam laptop??

mat : dah, kau tak bagi password macam mana aku nak pakai..(jeling)

lan : laa...kan aku dah kata...TAK BOLEH.. tu lah passwordnya..

mat : ?????

KATA-KATA NASIHAT IMAM AS-SYAFIE



Kata-kata Nasihat Imam As-Syafie R.A :

  1. Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya, maka akan diterima alasan-alasannya, ditutup kekurangannya dan diampun kehinaannya.
  2. Sesiapa menasihati saudaranya dengan sembunyi sesungguhnya ia menasihati dan menimbangnya, dan sesiapa menasihati saudaranya dengan terang-terang, sesungguhnya ia telah memalukan dan mencelanya.
  3. Sesiapa mendengar dengan telinga ia adalah seorang pencerita dan sesiapa mendengar dengan hatinya ia adalah seorang sedar dan sesiapa memberi nasihat dengan perbuatan ia adalah seorang petunjuk.

LIMA KUNCI PERKARA GHAIB


Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW, baginda bersabda:

"Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:

  1. Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.
  2. Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.
  3. Tiada seorang pun yang akan mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.
  4. Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah.
  5. Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

(Riwayat Bukhari)

SEINDAH MANUSIA

Seindah-indah perhiasan adalah perempuan solehah

Seindah-indah ukiran adalah senyuman yang manis dan ikhlas

Seindah-indah pemandangan adalah wajah ulama' yang tenang

Seindah-indah bisikan adalah ilham dari Allah

Seindah-indah perbuatan adalah solat

Seindah-indah percakapan adalah zikrullah

Seindah-indah hati adalah bersangka baik

Seindah-indah kesedihan adalah mengenangkan dosa

Seindah-indah kegembiran adalah setelah solat

Seindah-indah penghayatan adalah ayat2 al quran

Seindah-indah nasihat adalah hadis2 nabi s.a.w

Seindah-indah tekad adalah nazar

Seindah-indah pakaian adalah jubah dan serban

Seindah-indah bulu adalah janggut

Seindah-indah mekap adalah celak

Seindah-indah taat adalah kepada Allah

Seindah-indah ikutan adalah kepada Rasullullah

HARAM BERKAHWIN SATU PEJABAT


Haram Kahwin Satu Pejabat !

Ajoi dan Sumardi yang baru balik dari solat jemaah Isyak di Masjid berborak-borak sambil berjalan.

Sumardi: Aku nak kawin la Joi

Ajoi: Alhamdulillah, dengan budak mana bai?

Sumardi: Satu pejabat joi..

Ajoi: Ish mana boleh kawin satu pejabat… haram tuh!

Sumardi: (mula hangin) ko jangan memandai buat hukum sendiri la Joi!

Ajoi: Betullah! Sengal2 aku selalu dengar ceramah agama tau!

Sumardi: Ko ni dah belajar ajaran sesat agaknya

Ajoi: Takde la bai, lu tanyalah mana-mana ustaz pun.

Sumardi: Ok, ok cuba ko cakap sebab apa haram?

Ajoi: Islam suruh kawin paling ramai 4 orang jer… kalau dah satu pejabat ko yang ada 20-30 org perempuan tu kan ke haram?

Sumardi: siot terkena lagi aku……




KISAH CINTA


Pada awalnya mereka hidup bersama dengan aman dan saling memerlukan.

Namun pada suatu hari,badai datang menghempas pulau kecil itu,

air laut bergelombang menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu.

Semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri.

Cinta sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang dan tidak memiliki perahu.

Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan,sementara itu air semakin naik membasahi kaki Cinta.

Tidak lama kemudian kelihatan Kekayaan sedang mengayuh perahu.

"Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!?" teriak Cinta.

Dengan segera Kekayaan pun menjawab,"Ohh!Maafkan aku Cinta"kata Kekayaan "Perahuku telah penuh dengan semua hartaku.

Aku tak dapat membawamu bersama,lagi pula tak ada ruang lagi untuk kau di perahuku ini.

" Cinta sedih sekali,namun kemudian dia melihat Kegembiraan melintas didepannya dengan sebuah perahu.

"Kegembiraan! Tolonglah aku!" teriak Cinta. Oleh kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengar teriakan Cinta.

Air semakin meninggi membasahi Cinta sampai ke pinggang dan Cinta semakin panik.

Tidak lama setelah itu,lewatlah Kecantikan didepannya. "Kecantikan!Bawalah aku bersamamu!" teriak Cinta.

"Wah,Cinta kamu sudah basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu bersama.Nanti kau akan mengotorkan perahuku yang indah ini." sahut Kecantikan.

Cinta amat sedih mendengarnya.Cinta mulai menangis terisak-isak. "Apa kesalahanku,mengapa semua orang tidak mempedulikan aku??"rintihnya sayu.

Ketika Cinta sedang menangis,lewatlah Kesedihan dengan perahunya.

"Ohh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata Cinta.

"Maaf,Cinta.Aku sedang bersedih dan aku ingin sendirian?" kata Kesedihan sambil terus mendayung perahunya.

Cinta sudah mulai putus asa. Air semakin naik dan akan menenggelamkannya.

Cinta terus berharap agar dirinya akan diselamatkan orang.

Dia berdoa kepada Tuhan, "Oh Tuhan tolonglah aku,apa yang akan terjadi pada dunia tanpa aku,tanpa Cinta?"

Pada saat yang genting itu,tiba-tiba cinta terdengar suara memanggilnya,"Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!"

Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat orang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya.

Cinta pun naik ke perahu itu,tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran,orang tua itu menurunkan Cinta dan segera meninggalkan pulau itu.

pada ketika itulah,baru Cinta sadar bahawa dia tidak mengetahui siapa gerangan orang tua yang baik hati dan telah menyelamatkannya itu.

Cinta bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu,siapa sebenarnya orang itu.

"Oh,orang tua tadi?Dia ialah Waktu!" kata orang itu.

Cinta pun bertanya lagi,"Tapi mengapa dia menyelamatkanku? ku tak kenal dia.

Sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku" tanya Cinta.

"Sebab,hanya Waktulah yang tahu betapa berharganya Cinta itu?" kata orang itu.

Setelah itu fahamlah Cinta akan kepentingannya di dunia ini.