SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

"RABBANAA AATINA FIDDUNYA HASANAH
WA FIL AKHIRATI HASANAH
WA QINA ADZABANNAR...."

ya tuhanku, berikanlah kepadaku kehidupan dunia yang baik,
kehidupan akhirat yang baik dan jauhkan kami dari seksa api neraka.....

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT FOLLOW SEMUA

SOLAT SUNAT WITIR


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah Sunat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Di antara fadhilat solat witir ialah :

1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain

"Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran."

Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat


أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

usolli sunnatal witri rak’ataini lillaahi ta’ala.

"sahaja Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"


1. Rakaat pertama bacalah Al-fatihah dan surah Al-A’la

2. Pada rakaat kedua baca Al-Fatihah dan surah Al-kafirun.


Setelah memberi salam, bangun semula dan lakukan satu rakaat witir.

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

usolli sunnatal witri, rak’atan lillaahi ta’ala.

"sahaja Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

1. Baca Al-fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas, An Nas, dan Al Falaq.

doa solat sunat witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."


Solat sunat witir dalam bulan ramadhan ( puasa) iaitu selepas 15 ramadhan disunatkan membaca doa qunut pada rakaat terakhir iaitu setelah bangun dari rukuk.

Marilah kita menjadikan sunat witir sebagai salah satu amalan kita untuk setiap hari yang mana boleh dilakukan selepas solat isyak…..



No comments:

Post a Comment