Lafaz niat
أصَلِّي سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ
Usolli sunnatal tasbiihi arba’a raka’aatin lillaahi ta’ala.
“sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah ta’ala.”
Bacalah Al-Fatihah
Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah pada setiap rakaat.
1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas
Selain surah diatas ini, dibolehkan juga membaca surah pilihan sendiri selepas Al-Fatihah.
Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
bacaan tasbih
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar"
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah mengikut pilihan, bacalah 15 kali tasbih
2. rukuk – setelah melafazkan tasbih rukuk, bacalah 10 kali tasbih
3. iktidal – selesai tahmid I’tidal, terus lafaz 10 kali tasbih
4. sujud – selesai tasbih sujud kemudian baca 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud – selesai tasbih duduk antara dua sujud baca 10 kali tasbih
6. sujud semula – setelah selesai membaca tasbih sujud kedua bacalah 10 kali tasbih
7. Sebelum berdiri melakukan rakaat berikutnya hendaklah duduk seketika dan melafazkan tasbih sebanyak 10 kali tasbih.
Dari seluruh tasbih yang dibaca pada satu rakaat pertama berjumlah 75 kali tasbih, beerti 75 X 4 rakaat = 300 tasbih.
Hendaklah diingati ketika duduk tahyat akhir, sebelum membaca tahyat, perlu melafazkan tasbih sebanyak 10 kali tasbih.
Sekiranya lupa menyebut tasbih di satu-satu tempatnya, boleh digantikan di tempat berikutnya sehingga jumlahnya tetap menjadi 300 kali tasbih.
Doa Sembahyang sunat Tasbih
"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk,
dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,
orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut.
Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu
sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat
sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan
yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."
No comments:
Post a Comment