SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

"RABBANAA AATINA FIDDUNYA HASANAH
WA FIL AKHIRATI HASANAH
WA QINA ADZABANNAR...."

ya tuhanku, berikanlah kepadaku kehidupan dunia yang baik,
kehidupan akhirat yang baik dan jauhkan kami dari seksa api neraka.....

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT FOLLOW SEMUA

PANGGILAN KEPADA MAYAT


Dalam satu Riwayat disebutkan, tatkala roh berpisah dari tubuh manusia, maka jasad kita akan menjadi mayat. lantas ia dipanggil dari langit dengan tiga jeritan:


panggilan pertama

"wahai anak adam, wahai mayat! apakah kamu meninggalkan dunia atau dunia meninggalkan kamu?"

ertinya, ketika hidup dahulu, adakah kamu takut ketinggalan zaman(ketinggalan dunia) yang mana orang maju kita tidak maju. selalu risau dan bimbang ditinggalkan dek zaman atau kita ditinggalkan dunia.

Adakah kamu meninggalkan dunia atau dunia meninggalkan kamu?. si mayat mendiamkan saja, tidak menjawab. kalau mayat menjawab pun kita yang hidup tidak dapat mendengarnya.

Pada waktu itu baru mayat itu sedar, semasa didunia dulu bimbang dan takut ditinggalkan dunia (sibuk mengejar dunia) dan lupa hakikatnya manusia itu sendiri yang akan meninggalkan dunia.


panggilan kedua

"wahai anak adam, wahai mayat!!! adakah kamu mengumpulkan dunia mahupun dunia mengumpulkan kamu?"

maknanya, di masa hidup manusia sibuk, bertungkus lumus pagi petang, siang malam dalam mencari harta, mengumpul harta. apabila sudah memperolehi harta, mereka melupakan yang Allah memberi harta itu kepada mereka.

sekarang bagaimana mayat??
jawab mayat: "ya, masa hidup aku mencari harta harta dan melonggok harta, kini aku telah mati, kamu pun tahu kini dunia pula akan longgokkan aku".

ini membawa maksud, semasa kita hidup kita mengumpul dunia ( longgok harta), bila kita mati dunia pula kan longgok kita. dimana ditimbunnya kita?? sudah pastilah ditanah perkuburan.

akan tetapi, disini bukanlah bererti kita dilarang mengumpul dunia (mengumpul harta), bukan begitu. dunia boleh kita kumpul sekiranya kita memahami islam tidak melarangnya dan sebab itu lah islam mempunyai undang-undang zakat harta. kita juga boleh mencari kekayaan sebanyak-banyaknya. tetapi kita harus ingat, apabila sudah kaya, gunakan harta yang ada itu untuk mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah swt. ini kerana kita harus ingat kekayaan yang diperolehi adalah pemberian daripada Allah swt.


panggilan ketiga

"wahai anak adam, wahai mayat!! adakah kamu mematikan dunia atau dunia yang mematikan kamu??".

jawab mayat: "ya, tahulah aku, rupa-rupanya dunialah yang mematikan aku".


inilah tiga panggilan sebaik sahaja manusia menjadi mayat......







No comments:

Post a Comment