Kehidupan duniawi ini adalah tempat untuk beramal. Dunia pada hakikatnya tiadalah kekal menemani sahabatnya dan segala isinya, serta segala yang ada padanya akan lenyap. Dunia ini dipenuhi dengan pelbagai godaan-godaan yang beraneka jenis. Maka, orang yang berakal adalah orang yang mengetahui tujuan kehidupan di dunia ini. Dan orang yang bertakwa adalah orang yang berusaha dalam mencari bekalan untuk kehidupan di akhirat kelak, dan menjadikan dunia ini sebagai perahu tumpangan dalam menuju pulau kedamaian (akhirat).
No comments:
Post a Comment