SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

"RABBANAA AATINA FIDDUNYA HASANAH
WA FIL AKHIRATI HASANAH
WA QINA ADZABANNAR...."

ya tuhanku, berikanlah kepadaku kehidupan dunia yang baik,
kehidupan akhirat yang baik dan jauhkan kami dari seksa api neraka.....

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT FOLLOW SEMUA

PENGARUH MUSUH-MUSUH ISLAM TERHADAP UMAT ISLAM


MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali 'Imran ayat 19 yang tafsirannya:

"Sesungguhnya agama yang benar dan diredai di sisi Allah ialah Islam".
Agama Islam adalah agama yang memimpin umatnya ke jalan kebenaran, kebaikan dan menunjukkan jalan selamat, menyelamatkan daripada kehidupan yang gelap- gelita kepada cahaya kebenaran. Kebenaran Islam tidak boleh dipertikai, bahkan Islam itu sesuai menjadi pegangan pada bila-bila masa dari dahulu hingga sekarang dan akan datang. Oleh itu, kita amat bersyukur kerana agama yang menjadi pegangan kita ialah agama Islam dan menjadi agama rasmi bagi Negara kita. Adalah menjadi kerugian besar kepada sesiapa yang menolak Islam sebagai agamanya sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali 'Imran ayat 85 yang tafsirannya:
"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada Hari Akhirat kelak dari orang-orang yang rugi".
Ini jelas menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang sempurna, agama yang diredai dan merupakan sebesar-besar nikmat dari Allah Subhanahu Wataala. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Maa-idah ayat 3 yang bermaksud:
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu."
Walaupun telah jelas terbukti bahawa agama Islam itu adalah agama yang benar dan lurus dan disampaikan kepada umat manusia, namun masih ada juga golongan manusia yang ingkar dan tidak senang dengan kewujudan Islam, bahkan merasakannya seperti duri dalam daging yang sepatutnya dihapuskan. Inilah dia niat musuh-musuh Allah, Rasul dan agama Islam, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 yang maksudnya:
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu wahai Muhammad sehingga engkau menurut agama mereka yang telah terpesong itu. Katakanlah kepada mereka: Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya wahyu yang memberi pengetahuan kepadamu tentang kebenaran, maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."
Oleh itu berhati-hati dan berwaspadalah, jangan sampai kita kalah dan tunduk kepada pengaruh musuh-musuh Islam, apatah lagi untuk menukar agama Islam kepada agama lain yang tidak diredai Allah Subhanahu Wataala.
Perlu disedari bahawa musuh Islam tidak kenal jemu untuk menghapuskan agama Islam dan umatnya dari muka bumi ini, mereka menggunakan banyak taktik, antaranya mereka akan mendampingi orang dalam kesusahan, seperti tidak mempunyai pekerjaan, tidak mempunyai tempat tinggal, di mana mereka akan membantu mereka yang dalam kesusahan itu dengan memberi sara hidup, pekerjaan, tempat tinggal, pendidikan dan bermacam-macam lagi. Dalam keadaan manis inilah berlakunya udang di sebalik batu di mana mereka akan memulakan gerakan dakwah mereka dengan memberikan risalah-risalah, kitab-kitab, kaset dan cd yang berunsur dakwah agama mereka, setelah itu, akan mengajak melakukan sembahyang cara mereka dan akan diberi minum sejenis air hitam yang boleh menyebabkan lidah menjadi hitam dan tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah dan tidak dapat mendengar azan. Apa yang anehnya air hitam itu hanya khusus untuk diberi minum kepada orang-orang Islam sahaja.
Berdasarkan pengakuan mereka yang pernah terpedaya dan keluar daripada agama Islam, adalah kebanyakannya berpunca daripada desakan hidup, kurang pengetahuan agama dan lemah iman, di sinilah bahayanya jika tiada didikan agama. Dalam hal ini kita hendaklah sentiasa berwaspada dan para ibu bapa hendaklah memainkan peranan mereka sebagai orang yang dipertanggungjawabkan memelihara dan menjaga anak mereka supaya memberi didikan yang sempurna untuk dunia dan akhirat. Mengabaikan mereka bererti akan merosakkan masa hadapan mereka.
Sesungguhnya Muslim yang sejati dan hakiki tidak akan menggadai agamanya, tetapi sebaliknya rela berkorban apa sahaja demi mempertahankan kesucian agama Islam dari dicemari dan dipersendakan walaupun menghadapi apa jua rintangan dan halangan dari pihak musuh. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali 'Imran ayat 83 yang tafsiranya:
"Patutkah sesudah mengakui dan menerima perjanjian itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Pada hal kepada-Nya tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan."
Peganglah agama Islam itu dengan penuh yakin kerana agama Islam itulah agama yang benar, dan Allah Subhanahu Wataala tidak akan menerima agama lain selain agama Islam. Dan kerjakanlah segala perintah Allah Subhanahu Wataala, kerana melalaikannya bererti mendedahkan diri kepada kebinasaan dan seksaan Allah Subhanahu Wataala. Marilah kita menguatkan keimanan kita dan mengukuhkan perpaduan umat Islam, jangan mudah terpedaya dengan kemewahan dan kesenangan dunia sehingga sanggup menggadai agama sendiri demi mencapai maksud peribadi. Nau'zubillahi Minzalik.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 127 yang tafsirannya:
"Dan mereka orang-orang kafir itu sentiasa memerangi kamu hingga mereka mahu memalingkan kamu dari agama kamu. Kalau mereka sanggup melakukan yang demikian dan sesiapa di antara kamu yang murtad berpaling tadah dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya yang baik di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, kekal mereka di dalamnya selama-lamanya."


No comments:

Post a Comment