SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

"RABBANAA AATINA FIDDUNYA HASANAH
WA FIL AKHIRATI HASANAH
WA QINA ADZABANNAR...."

ya tuhanku, berikanlah kepadaku kehidupan dunia yang baik,
kehidupan akhirat yang baik dan jauhkan kami dari seksa api neraka.....

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT FOLLOW SEMUA

MUTIARA KATA


  • satu daripada azab allah s.w.t kepada manusia ialah dikeraskan hati. maka, mungkin seseorang itu boleh menerima pelbagai ilmu. akan tetapi ia tidak dapat menerima hidayah. ini kerana, hantinya telah dikeraskan, ditutup dan di cop. ini sebagaimana surat yang diletakan di dalam sampul, bila sampul itu telah dicop untuk dihantar, ia sudah tidak boleh dibuka lagi dan ditambah isinya.... begitu juga dengan hati yang mana bila sudah dikeraskan dan ditutup, maka hidayah dari allah tidak lagi dapat memasukinya...
  • sebagai manusia kita perlulah sentiasa membersih fikiran kita supaya tidak dipenuhi dengan hasutan syaitan. ia boleh diumpamakan seperti longkang yang mana jika dibersihkan, air akan mengalir dengan laju dan tidak berbau busuk. jika longkang tidak dibersihkan, dibiarkan lama kelamaan akan menyebabkan ia tersumbant, busuk dan dipenuhi nyamuk. begitu juga fikiran manusia, apabila ia tersumbat dengan dosa dan maksiat, semakin mudah syaitan memenuhi dan bersarang didalamnya..........
  • sebagai manusia, kita perlu mencari ilmu.. akan tetapi, selain ilmu, penglaman juga merupakan sesuatu yang berharga. oleh itu, kepada para pelajar terutamanya carilah dan dapatkan pengalaman sebanyak mungkin untuk memasuki dalam masyarakat. tiadanya pengalaman, manusia umpama berada di tengah lautan dengan bekalan yang cukup dan sampan yang selamat... akan tetapi belum tentu berjaya merentas lautan yang luas tanpa pengalaman....
  • taqwa hendaklah berdiri dengan dua asas iaitu laksana perintah dan jauhi larangan. kedua-dua ini perlu dilakukan serentak baharu boleh dikatakan sebagai taqwa. jika hanya salah satu ia tidak dipanggil sebagai taqwa.......
  • manusia berusaha mencari rezeki, tetapi semua usaha itu tidak berhasil tanpa bantuan allah swt. jika dengan bantuan allah swt, usaha kita akan berjaya.. jika tidak, ia tidak akan berjaya walau kita berusaha dengan segigih mana pun... maka kita perlulah sentiasa mengingati dan meminta bantuan dari allah dalam apa yang diusahakan.........