SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

"RABBANAA AATINA FIDDUNYA HASANAH
WA FIL AKHIRATI HASANAH
WA QINA ADZABANNAR...."

ya tuhanku, berikanlah kepadaku kehidupan dunia yang baik,
kehidupan akhirat yang baik dan jauhkan kami dari seksa api neraka.....

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT FOLLOW SEMUA

BERUSAHA MENCARI REZEKI

Hadis:

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya daripada meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”

(Riwayat At-Tabrani)                                                                              

Huraian:

  1. Sesungguhnya Allah SWT amat mengasihi orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.
  2. Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.  
  3. .  Kita mesti mencari rezeki yang halal kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan seumpamanya, lambat laun akan menimbulkan masalah dalam kehidupan di dunia malah kecelakaan di akhirat. 


     

No comments:

Post a Comment