Benarkah hukuman Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana
masih ramai umat Islam yang tidak memahami hukuman tersebut?
15.
Maka saranan kepada semua pembaca bagi mendalami soal hukum Hudud ini dengan
mengambil langkah pro aktif mempelajarinya secara langsung, justeru ia adalah
sebahagian dari ilmu Islam wajib dipelajari oleh ummat Islam. Zaman moden ini
terlalu banyak kaedah dan kemudahan untuk mempelajari ilmu Islam ini. Terpulang
kepada kesungguhan kita.
16.
Masjid dan surau juga boleh mengambil
langkah yang sama untuk membuka kelas pengajian berkait Perlaksanaan Hukuman
Hudud secara bersiri menggantikan kuliah maghrib yang kadangkala hanya bersifat
pengajian yang telah berulang kali dipelajari seperti bab bersuci, haid, nifas,
solat dan haji tanpa saya menafikan pengajian itu juga penting untuk
diulangkaji.
17. Bagi mereka yang tidak
mengetahui dan mendalami pengetahuannya mengenai hukum Hudud ini agar tidak
membuat ulasan dan kenyataan berasas fikiran sendiri apalagi menafsir hukum
Hudud secara bukan - bukan dan jauh tersasar dari konteks hukum Hudud yang
sebenar. Kelak ia akan memudaratkan diri kita sendiri apabila berdepan
dengan kemurkaan Allah swt ekoran pandangan dan ulasan yang bertentangan dengan
kehendakNya.
18.
Jahil mengenai hukum Hudud tidak boleh
menjadi hujjah bahawa hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan sebagaimana jahil
mengenai solat tidak boleh menjadi hujjah solat tidak boleh ditunaikan.
Ini kerana hukum Hudud samalah seperti kewajipan Islam yang lain justeru ianya
telah dinaskan di dalam al Quran dan Sunnah sementara hukum Hudud juga telah
digazet dan dilaksanakan oleh Rasulullah saw sejak hari pertama Baginda saw
memerintah bumi Madinah al Munawwarah.
19.
Malah perlaksanaan undang - undang negara hari ini yang merupakan fotostat dari
undang - undang penjajah telah dilaksanakan dalam negara kita sejak mula negara
merdeka tahun 1957 yang lalu, tanpa perlu pun menunggu rakyat memahami undang -
undang tersebut. Bahkan mengikut kaedah
perundangan, sesuatu undang - undang itu tidak terbatal hanya kerana pesalahnya
tidak mengetahui undang - undang tersebut atau dalam erti kata lain, pesalah
itu tidak mengetahui bahawa apa yang dilakukan itu adalah suatu kesalahan di
sisi undang - undang sekalipun, ia tetap tertakluk kepada undang - undang
tersebut.
20.
Apatah lagi undang - undang Islam yang telah siap drafnya melalui al Quran dan
Sunnah secara muktamad untuk diguna pakai sepanjang zaman, malah telah digazet
dan dilaksana sejak mula Islam memerintah di bumi Madinah al Munawwarah lebih
1400 tahun yang lalu. Pula terlalu banyak kitab dan buku yang dikarang oleh
para sarjana Islam bagi membantu ummat Islam memahami undang - undang Islam ini
di sepanjang zaman. Kalau kita tidak mengetahuinya, maka ia bukan salah undang
- undang tersebut tetapi kecuaian kita kerana gagal mempelajari dan memahami
undang - undang tersebut.
21.
Alasan kononnya ramai ummat Islam tidak memahami hukum Hudud maka ianya tidak
sesuai dilaksanakan pada hari ini adalah helah bermadah yang cukup strategik
untuk tidak melaksanakan perintah Allah swt. Ajaibnya, ramai ummat Islam tidak memahami undang - undang British yang
diamalkan dalam negara kita hari ini, tetapi sesuai pula dilaksanakan?
seperkara lagi , masih adakah ummat Islam hari ini yang tidak tahu zina itu
salah, mencuri itu salah, membunuh orang itu salah, minum arak itu salah ? atau
ia adalah bertolak dari kedegilan untuk patuh pada perintah Allah swt?
MEMAHAMI HUKUM HUDUD (SIRI 3)
Bersambung...........
No comments:
Post a Comment