Bukankah
negara kita masyarakatnya majmuk? melaksanakan hukuman hudud akan menjadikan
negara kita huru - hara dan rakyat dalam keadaan ketakutan. Bolehkah hukuman
tersebut dilaksanakan dalam dunia moden ini?
22.
Buat kesekian kalinya ingin ditegaskan bahawa hukum Hudud ialah hukum
Allah swt Tuhan yang Mencipta manusia dengan segala kemajmukannya. Majmuknya
manusia di atas muka bumi ini bukan berlaku secara secara silap mata atau magik
sihir, tetapi ia adalah hasil ciptaan Allah Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha
Bijak. Sehingga hari ini, tiada siapa yang berani menafikan fakta bahawa Allah
yang mencipta manusia samada manusia itu berkulit putih atau berkulit hitam.
Samada manusia itu berbangsa Arab atau bukan Arab seperti Melayu, Cina dan
India. Lihat pengakuan Allah swt yang tidak pernah dinafi oleh sesiapa di dalam
surah al Hujurat ayat 13 yang bermaksud :
"Maksudnya
: Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menjadikan kamu terdiri dari lelaki
dan perempuan dan kami telah jadikan kamu berbilang - bilang bangsa dan puak
supaya saling kenal - mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan
kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguh Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."
23.
Apabila Allah yang mencipta manusia dan ianya tidak boleh dinafikan oleh
sesiapa, maka kenapa kita tidak pula boleh menerima hukum yang juga dicipta
oleh Allah swt untuk mendisiplinkan kehidupan manusia [ makhluk yang diciptaNya
] di atas muka bumi. Siapa lagi yang lebih mengetahui tentang selok belok
kehidupan manusia secara zahir dan batinnya jika tidak penciptanya sendiri
iaitu Allah. Pertanyaan Allah swt sehingga hari ini, tiada siapa yang mampu
menjawabnya, apa lagi menandinginya sebagaimana yang termaktub di dalam surah
al Baqarah ayat 138 :
"(Katakanlah
wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati
dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan
corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami
tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat"."
24.
Setelah kita yakin bahawa hukum Hudud ini dari Allah swt., bagaimana masih
tersangkar prasangka bahawa hukum ini akan mencetuskan huru - hara? berlaku huru
- hara bukan kerana perlaksanaan hukum Allah swt ini, tetapi kerana manusia
menolak hukum tersebut. Mudah difahami apabila kita melihat realiti masyarakat
kita hari ini. Huru - hara yang dimaksudkan telah pun berlaku sedang hukum
Allah belum dilaksanakan dalam negara kita .
25.
Ayah rogol anak, cucu perkosa nenek, anak menengking ibu yang sedang solat,
gengster [ along ] berleluasa, jenayah bunuh berlaku setiap hari,
penderaan terhadap kanak - kanak, buang bayi, isteri derhaka kepada suami,
suami menyeksa isteri, pemimpin menzalimi rakyat, yang kaya menindas yang
miskin, yang lemah tidak terbela, pergaulan bebas, pelacuran, pengedaran dadah
dan 1001 mungkar bersarang dalam negara kita. Bukankah ini huru - hara yang
berlaku tanpa kawal. Kenapa salahkan hukum Hudud sedang hukum itu belum
dilaksanakan lagi?
26.
Tiada siapa yang perlu takut dan bimbang kepada hukum Hudud kecuali penjenayah.
Hukum Hudud adalah undang - undang Jenayah syariat Islam. Hukuman ini hanya
akan dijatuhkan ke atas penjenayah setelah sabit kes. Justeru itu, tiada siapa
yang perlu rasa takut terhadap hukuman Hudud kerana hukuman tersebut sekali -
kali tidak akan dijatuhkan ke atas mereka yang tidak bersalah atau dalam erti
kata lain, tidak melakukan perbuatan jenayah seperti bunuh, mencuri, zina,
menuduh orang lain yang baik berzina tanpa saksi, merompak dan minum arak.
"Berani kerana benar dan takut kerana salah" adalah bidalan para
bijak pandai yang masih terpakai hingga ke hari ini.
27.
Non muslim juga tidak perlu takut terhadap perlaksanaan hukum Hudud justeru
Hudud adalah hukum yang wajib terpakai ke atas umat Islam sahaja sementara non
muslim diberi peluang memilih. Jika mereka bersedia dengan rela mahu menerima
pakai hukum Allah, maka dibenarkan sementara mereka enggan maka dipulangkan mereka
kepada hukum agama mereka jika agama mereka menyediakan bentuk hukuman tertentu
di atas kesalahan yang dilakukan atau jika tiada, berlandaskan konteks negara
kita, kembali kepada undang - undang konvensional yang ada pada hari ini.
Keputusan memberi hak memilih kepada non muslim ini adalah dari ketetapan Allah
swt yang tidak boleh persoal oleh manusia. Firman Allah swt di dalam surah al
Maaidah ayat 42 yang bermaksud:
"Mereka
sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang
haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka
hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau
berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka
tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka
hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang yang berlaku adil."
28.
Melalui perbahasan ayat ini di dalam kitab Tafseer al Baghawi menjelaskan
pandangan para mufassirin seperti an Nakhaei, asy Sya'bi, Atha' dan Qatadah rhm
mengatakan bahawa hakim diberi hak memilih samaada pesalah non muslim dari
kalangan ahlul zimmah dijatuhkan hukuman melalui hukum Hudud ataupun dirujuk
kepada hukum yang disediakan oleh agama mereka.
No comments:
Post a Comment