SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

"RABBANAA AATINA FIDDUNYA HASANAH
WA FIL AKHIRATI HASANAH
WA QINA ADZABANNAR...."

ya tuhanku, berikanlah kepadaku kehidupan dunia yang baik,
kehidupan akhirat yang baik dan jauhkan kami dari seksa api neraka.....

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT FOLLOW SEMUA

SOLAT SUNAT TAUBAT


Solat taubat dikerjakan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah SWT setelah kita sedar dari melakukan dosa atau merasa diri telah membuat dosa, kemudian bertaubat kepada Allah. solat sunat taubat adalah solat yang disyariatkan. bertaubat juga beerti menyesal tentang perbuatan yang telah dilakukan dan bercita-cita tidak melakukannya lagi dan memohon ampun dari Allah.

solat sunat taubat juga tiada waktu yang ditetapkan untuk melakukannya, boleh dilakukan bila-bila masa sahaja apabila seseorang itu sedar dan menyesal akan kesilapannya. akan tetapi, Seelok-eloknya setelah kita melakukan solat sunat taubat, istighfar, munajat, muhasabah diri, dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi iaitu di waktu Qiamullail.

cara solat taubat:

lafaz niat;


أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ


usolli sunnatal taubati rak'ataini lillaahi ta'ala

"sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

rakaat pertama : baca surah Al-fatihah, selepas itu ayatul Kursi sebanyak 11 kali

rakaat kedua : baca Al-fatihah, kemudian surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali

semasa sujud akhir pada rakaat kedua hendaklah membaca:

sebanyak 40 kali.


لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ

ertinya : tiada tuhan melainkan engkau, maha suci engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang yang zalim.

setelah selesai solat,

Istighfar

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

sebanyak 100 kali



لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيمِ

Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

tiada had jumlah bacaan

doa taubat

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ تَوْبَةٍعَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتَا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُوْرَا

"aku memohon ampun kepada Allah yang maha agung, aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah, aku mohon taubat kepadamu, taubat seorang hamba yang banyak berdosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk berbuat mudharat atau manfaat untuk mati atau hidup mahupun dibangkitkan nanti"..



No comments:

Post a Comment