Maksud Qiamullail adalah satu amalan sunat yang mana bermaksud “bangun waktu malam” bagi tujuan untuk beribadat kerpada Allah S.W.T.
Kelebihan Qiamullail
Didalam aq-quran dan hadis banyak menerangkan tentang kelebihan bagi sesiapa yang mengerjakan ibadat qiamullail.
Nabi s.a.w. bersabda:
“Wahai manusia hendaklah kamu banyak memberi salam, menjamu makan, bersembahyang pada waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera”.
(Riwayat at-Tarmizi)
“Pada malam hari ada satu saat yang berkat dimana jika seseorang muslim itu menepati saat itu dan berdoa kepada Allah S.W.T. meminta keberkatan dunia dan akhirat nescaya Allah kabulkan doanya. Keadaan ini ada pada setiap malam”.
(Riwayat muslim)
Allah juga berfirman:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya sebagai solat tambahan bagimu, semoga tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.
(Surah al-Isra’:79)
Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail
Diantara amalan yang disunatkan ketika Qialmullail ialah mengerjakan solat-solat sunat, berdoa, berzikir dan beristighfar memohon ampun dari Allah S.W.T.
Solat sunat.
Diantara solat sunat yang dikerjakan ketika Qiamullail adalah:
Amalan lain:
- Membaca AL-Quran
- Zikir.
Akan tetapi, tentang bilangan mengerjakan amalan-amalan sunat tidak dihadkan sama ada sedikit ataupun banyak. Ini terpulang kepada kemampuan seseorang itu untuk mengerjakan amalan-amalan sunat. Jika hanya mampu mengerjakan 2 rakaat solat tahajjud umpamanya, maka ini juga turut dikira sebagai melakukan ibadat Qiamullail. Ini kerana, sedikit atau banyak bukan menjadi ukuran, yang penting keikhlasan seseorang itu dalam melakukan ibadah dan sentiasa melakukannya dengan ikhlas dan sentiasa melakukan itu akan lebih menghampirkan seseorang itu kepada Allah S.W.T.
Qiamullail merupakan amalan sunat yang sangat tinggi ganjarannya dari Allah S.W.T. amalan ini boleh dikerja secara persendirian ataupun berjemaah. Waktu yang sebaik-baiknya kita bangun adalah sepertiga akhir malam (kira-kira pukul 3 pagi). Setelah mengambil wudhu’ kita terus melakukan solat sunat tahajjud dua rakaat atau lebih dan mengerjakan solat sunat lain seperti sunat tasbih, sunat taubat, sunat hajat dan sunat witir. Jika dilakukan secara berjemaah, lakukanlah mengikut program yang telah diatur.
Dengan ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan-amalan sunat sementara tubuh badan kita masih sihat. Mudah-mudahan kita juga akan termasuk kedalam golongan ahli ibadat dan diletakkan bersama dengan para nabi, rasul dan orang yang soleh… amin..
No comments:
Post a Comment