Solat tahajjud adalah solat sunat yang didirikan setelah bangun daripada tidur yang mana waktunya diantara isyak sampai subuh. Waktu yang sesuai dari pukul satu hingga subuh. Jumlah rakaat tidak terhad, paling kurang dua rakaat. Cara untuk melakukannya hendaklah setiap dua rakaat dengan satu salam.
Lafaz niat
Usolli sunnatal tahajjud rak’ataini lillaahi ta’ala, Allahu Akbar.
“sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala".
Rakaat pertama
Bacalah Al-Fatihah , Selepas itu surah Al-Kafirun
Rakaat kedua
Bacalah Al-Fatihah , selepas itu surah Al-Ikhlas
Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali, iaitu:
Ertinya: “Ya Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong"
Selepas memberi salam ucaplah doa :
ertinya : ” Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum .
No comments:
Post a Comment