Pages

QIAMULLAIL

Maksud Qiamullail adalah satu amalan sunat yang mana bermaksud “bangun waktu malam” bagi tujuan untuk beribadat kerpada Allah S.W.T.
Kelebihan Qiamullail
Didalam aq-quran dan hadis banyak menerangkan tentang kelebihan bagi sesiapa yang mengerjakan ibadat qiamullail.
Nabi s.a.w. bersabda:
“Wahai manusia hendaklah kamu banyak memberi salam, menjamu makan, bersembahyang pada waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera”.
(Riwayat at-Tarmizi)
“Pada malam hari ada satu saat yang berkat dimana jika seseorang muslim itu menepati saat itu dan berdoa kepada Allah S.W.T. meminta keberkatan dunia dan akhirat nescaya Allah kabulkan doanya. Keadaan ini ada pada setiap malam”.
(Riwayat muslim)
Allah juga berfirman:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya sebagai solat tambahan bagimu, semoga tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.
(Surah al-Isra’:79)
Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail
Diantara amalan yang disunatkan ketika Qialmullail ialah mengerjakan solat-solat sunat, berdoa, berzikir dan beristighfar memohon ampun dari Allah S.W.T.
Solat sunat.
Diantara solat sunat yang dikerjakan ketika Qiamullail adalah:Link
Amalan lain:
  • Membaca AL-Quran
  • Zikir.
Akan tetapi, tentang bilangan mengerjakan amalan-amalan sunat tidak dihadkan sama ada sedikit ataupun banyak. Ini terpulang kepada kemampuan seseorang itu untuk mengerjakan amalan-amalan sunat. Jika hanya mampu mengerjakan 2 rakaat solat tahajjud umpamanya, maka ini juga turut dikira sebagai melakukan ibadat Qiamullail. Ini kerana, sedikit atau banyak bukan menjadi ukuran, yang penting keikhlasan seseorang itu dalam melakukan ibadah dan sentiasa melakukannya dengan ikhlas dan sentiasa melakukan itu akan lebih menghampirkan seseorang itu kepada Allah S.W.T.
Qiamullail merupakan amalan sunat yang sangat tinggi ganjarannya dari Allah S.W.T. amalan ini boleh dikerja secara persendirian ataupun berjemaah. Waktu yang sebaik-baiknya kita bangun adalah sepertiga akhir malam (kira-kira pukul 3 pagi). Setelah mengambil wudhu’ kita terus melakukan solat sunat tahajjud dua rakaat atau lebih dan mengerjakan solat sunat lain seperti sunat tasbih, sunat taubat, sunat hajat dan sunat witir. Jika dilakukan secara berjemaah, lakukanlah mengikut program yang telah diatur.
Dengan ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan-amalan sunat sementara tubuh badan kita masih sihat. Mudah-mudahan kita juga akan termasuk kedalam golongan ahli ibadat dan diletakkan bersama dengan para nabi, rasul dan orang yang soleh… amin..

PERBUATAN ZIONIS DALAM MERUNTUHKAN IMEJ ISLAM

pelbagai perlakuan dan usaha yang telah dilakukan rejim zionis dalam menghancurkan islam... zionis adalah pihak yang sentiasa berusaha untuk merosakan imej islam.. ini dapat dilihat menerusi pelbagai perkara yang dijelmakan musuh islam itu.... antaranya:

  • usaha untuk memcampur-adukan akhlak islam dengan cara hidup dan aspek kebudayaan ciptaan manusia yang serba kekurangan, bersifat sementara dan bersifat lemah itu bagi mengelirukan pelbagai pihak...
  • percubaan untuk menghapuskan akhlak-akhlak umat islam, nilai diri seseorang manusia.
  • usaha menambah perkara yang bukan dari ajaran islam seperti israiliyyat yang tidak berasas kepada kebenaran tetapi rekaan yang dilakukan kaum israil bagi memenuhi cita-cita mereka yang ingin merosakan umat islam...
  • memberi gambaran yang tidak baik tentang islam, dalam pelbagai aspek seperti nilai harga diri manusia dan peraturan ciptaan manusia yang mengatasi syariat islam...
disamping itu juga pelbagai lagi perkara yang dilakukan israil dalam menjatuhkan islam... kita sebagai umat islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan tindakan yang dilakukan israil, bukan kita turut sekali membantu israil menjatuhkan islam dengan melakukan perkara yang dilarang didalam islam..... saya berharap kita semua dapat bersama-sama menjaga keharmonian dan kemurnian serta kesucian agama islam yang kini pelbagai pihak cuba menghancurkannya dan menjatuhkan maruah umat islam seterusnya agama islam itu sendiri.... jadi marilah kita sama-sama berdoa dan meminta dari Allah SWT melindungi seluruh umat islam dan Allah memberi kekuatan kepada seluruh umat islam di palestin yang ditindas israil...... aminnn.............

AKHLAK MANUSIA

AKHLAK

“sesuatu bangsa dikenali kerana akhlak. Jika akhlaknya telah runtuh, maka runtuhlah pula bangsa itu”

Akhlak bermaksud perangai, budi pekerti, tingkah laku dan adab kebiasaan. Akhlak juga dikenali sebagai “ADAB”. Adab yang baik sangat penting kerana ia melambangkan keperibadian seseorang itu, keluarga, dan bangsa… kerana itulah memperbaiki akhlak manusia merupakan salah satu tugas yang diutuskan oleh Allah SWT kepada Nabi s.a.w… Nabi s.a.w bersabda:

“sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”..

Adab yang baik juga adalah sesuatu yang menunjukan sama ada sempurnanya iman seseorang itu ataupun tidak seperti sabda Nabi s.a.w:

“ orang yang sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya”.

Jadi disini kita dapat lihat pentingnya adab seseorang itu dalam pembangunan sesuatu bangsa. Di dalam islam, Adab ataupun akhlak terbahagi kepada beberapa bahagian..:


1. Adab dalam menutup aurat bagi lelaki..

· Ketika bersendirian hendaklah menutup kemaluannya.

· Dihadapan sesame lelaki hendaklah menutup sekurang-kurangnya antara pusat hingga ke lutut.

· Dihadapan wanita yang boleh dinikahi, sekurang-kurangnya antara pusat hingga lutut. Tetapi sebaiknya menutup sebahagian besar badannya.

· Bersama isteri tiada batas aurat..

· Didalam solat, sekurang-kurangnya antara pusat sehingga lutut. Tetapi baiknya berpakaian lengkap kerana menghadap Allah.

2. Adab dalam menutup aurat bagi wanita..

· Ketika solat seluruh tubuhnya, kecuali muka dan tapak tangan. Begitu juga dihadapan lelaki yang bukan muhrimnya.

· Dihadapan suami tiada auratnya.

· Ketika bersendirian antara pusat hingga lutut.

3. Adab berpakaian dan penampilan

· Lelaki memakai pakaian yang tidak menyerupai wanita dan sebaliknya.

· Pekaian hendaklah menutup aurat.

· Pakaian hendaklah bukan didapati dari sumber pendapatan yang haram.

· Pakaian hendaklah tidak menampakkan bentuk tubuh badan seseorang itu.

· Pakaian tidak nipis dan jarang yang boleh menampakkan warna kulit.

· Memakaia pakaian yang bersih.

· Sunat memakai wangi-wangian bagi lelaki. Bagi wanita hanya sunat memakainya bila bersama-sama suami atau muhrimnya.

· Memakai baju dengan mendahulukan tangan kanan.

· Bagi wanita hendaklah melabuhkan pakaiannya sehingga menutup tumitnya dan melabuhkan tudungnya sehingga menutup dadanya.

· Manakala bagi lelaki hendaklah tidak melabuhkan pakaian atau seluar sehingga menutup kedua-dua buku lalinya.

· Haram memakai pakaian dari kain sutera asli atau emas bagi lelaki seperti rantai emas, gelang emas, cincin emas dan sebagainya. Tetapi jika memakai cincin perak dibolehkan kerana bukan lagi emas tulen.

· Sebaik-baiknya bagi lelaki memakai pakaian seperti mengikut cara ataupun meniru sunnah Rasulullah s.a.w….

4. Adab dalam bermasyarakat

· Dalam bermasyarakat, kita hendaklah sentiasa menjaga hati kawan-kawan dan menghindari diri kita dari menyakitkan hati mereka.

· Kita juga perlu sentiasa bersifat rendah diri dan memberi layanan yang sama rata kepada setiap lapisan masyarakat serta sentiasa mengamalkan sifat berbaik sangka.

· Kita juga perlulah sentiasa mengelakkan diri dari bermasam muka dengan orang lain, sebaliknya sentiasa mengamalkan sifat bermuka manis (memberi senyuman) walau dalam apa jua keadaan.

· Selain itu, perlulah membantu mengamankan perselisihan yang berlaku di dalam masyarakat dan mententeramkan mereka yang ditimpa sebarang musibah.

· Disamping itu, perlulah sentiasa membantu sesama islam, mengamalkan amalan bersedekah dan membantu golongan miskin dan mereka yang berada didalam kesusahan.

· Adab lain juga hendaklah menepati janji serta mudah dalam memaafi kesalahan orang lain.

· Sebagai seorang muslim, kita dikehendaki sentiasa menjaga adab dalam bermasyarakat dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam islam….

ADAB SESAMA ISLAM.............


di dalam islam kita juga mempunyai adab sesama muslim.. ini kerana mereka adalah saudara kita sendiri yang mana merupakan saudara sesama islam.

  • pertama, adab sesama muslim adalah kita perlu memberi salam apabila bertemu.. seterusnya bersalaman jika orang yang kita bertemu itu adalah orang yang kita boleh salam. ini kerana, nabi s.a.w. ada bersabda:

"apabila bertemu dua orang muslim lalu mereka bersalaman keduanya, maka akan diampun dosa keduanya sebelum mereka berpisah"

  • tidak menyakiti seseorang itu sama ada dengan perbuatan ataupun perkataan.
  • haram hukumnya tidak bertegur sapa sesama islam lebih dari tiga hari.
  • hendaklah sentiasa bersedia menolong orang lain dan bukan menzalimi mereka.
  • tidak menghina, mencaci, mengumpat, mencerca dan merendah-rendahkan seseorang.
  • tidak membuat tuduhan palsu sama ada keatas mereka yang hidup ataupun sudah mati.
  • bergaul dengan baik sesama islam dan tidak mempunyai hasad dengki, berprasangka buruk, atau mengintip dan mendedahkan rahsia mereka.
  • hendaklah menghormati orang yang lebih tua dan mengasihi yang lebih muda.
  • hendaklah menutup keaiban dan kekurangan mereka..
  • tidak menipu dan membohongi.
  • hendaklah melindungi dan memberi perlindungan bila ada yang memerlukan.

terdapat banyak lagi adab-adab sesama islam. setiap insan pasti menjaga adab mereka.. kerana adab yang baik akan memberi kita hidup yang disukai Allah S.W.T....


malas...


kita sbg mnusia hendaklah sntiasa mnjauhi sifat mlas...
utk itu kita hendaklah mhindari diri kita dari punca2 yg mmbawa kita kearah sifat malas...

punca2nya:

1- jahilnya ilmu seseorang itu...
2- lemahnya iman seseorang itu...
3- panjangnya angan2 seseorang itu..
4- makan mkanan yg tidak halal.........

BAHAYA MENABUR FITNAH

Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benarnya iaitu dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi mukmin yang sejati dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin Yarabbal Alamin.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana melimpahkan nikmat yang tidak terkira banyaknya kepada kita. Di antara nikmat yang utama yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata'ala kepada hambanya ialah lidah. Lidah mempunyai kebaikan dan manfaat yang amat banyak, bagi mereka yang menjaga dan menggunakannya ke arah tujuan yang sebenar seperti berzikir kepada Allah Subhanahu Wata'ala, membaca Al-Quran, berdakwah menyeru manusia ke arah mentaati perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dan memberi nasihat serta teguran yang berguna kepada sesama manusia. Sesungguhnya lidah itu merupakan nikmat yang amat berharga kerana itu kita hendaklah menjaga dengan sebaik-baiknya, jangan sampai disalahgunakan seperti membuat fitnah.

Namun dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia bukan sahaja menyebar fitnah menggunakan lisan, tetapi juga melalui kecanggihan teknologi maklumat, samada melalui media cetak mahupun media elektronik. Tujuan kemudahan itu dicipta adalah untuk memudahkan kita melihat, mendengar dan menyebarkan apa jua berita dan maklumat tentang keadaan yang berlaku di sekeliling kita, samada apa yang berlaku di dalam negeri mahupun di luar negeri. Oleh itu kita hendaklah menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut dengan baik dan bijaksana. Namun apa yang membimbangkan pada masa ini terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakannya untuk menyebarkan berita-berita yang tidak benar, khabar-khabar angin apatah lagi yang mengandungi unsur-unsur fitnah.

Ahli jumaat yang dirahmati Allah,

Kita perlu mengetahui fitnah itu adalah satu perkara yang buruk dan boleh menjejaskan maruah seseorang. Fitnah ialah tuduhan, khabar, kisah dan lain-lain yang diadakan atau dibuat-buat untuk memburukkan seseorang dan memfitnah pula ialah membuat fitnah dan mengada-adakan sesuatu untuk memburuk-burukkan sesuatu pihak yang dilakukan samada dengan perkataan atau tulisan atau isyarat dan gerakan dan sebagainya, samada perkara itu sememangnya suatu keaiban atau kekurangan mahupun bukan. Orang yang membuat fitnah itu dikatakan juga sebagai orang yang membawa mulut atau mengadu domba.

Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10-11 tafsirnya:

"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyabarkan fitnah hasutan".

Diriwayatkan daripada Huzaifah Radiallahu Anha, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda maksudnya:

"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)".

Daripada dalil-dalil tersebut jelas menunjukkan bahawa fitnah itu adalah suatu perkara yang sangat dilarang dan perlu dijauhi. Oleh yang demikian, kita hendaklah memelihara diri dan keluarga kita dari perbuatan menabur fitnah. Maka apabila disampaikan kepada kita suatu berita yang memburuk-burukkan orang lain, maka kita hendaklah memelihara diri kita daripada mendengarnya dan menghebah-hebahkannya kepada orang lain.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Memang tidak dapat dinafikan, dalam kehidupan kita berkeluarga, berjiran dan bermasyarakat, sememangnya kita tidak dapat mengelakkan diri dari mendengar berita-berita atau cerita-cerita yang diperbualkan ketika bertemu, samada ketika berada di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis kenduri atau di kedai-kedai makan dan sebagainya. Dalam hal sedemikian, jika kita mendengar perbualan yang boleh mendatangkan dosa seperti cerita yang direka-reka, memburukkan orang lain, memfitnah dan sebagainya, maka kita hendaklah berusaha mengelakkan diri kita daripadanya, seperti tidak membenarkan atau mempercayai apa yang disampaikan itu kerana orang yang membawa fitnah itu adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang fasik dan berita yang dibawa oleh mereka itu tidak boleh dipercayai.

Selain itu, kita sepatutnya melarang orang yang membawa fitnah itu daripada meneruskan perbuatannya dan menasihatinya serta menerangkan kepadanya bahawa perbuatannya itu adalah salah di sisi agama. Janganlah pula cerita yang disampaikan oleh orang yang memfitnah itu membuatkan kita terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari samada benar atau sebaliknya. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Hujuraat ayat 21, tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain".

Ahli jumaat yang dirahmati Allah,


Ketahuilah bahawa tidak ada orang yang suka dirinya diperkatakan atau menjadi bahan cerita orang, apatah lagi cerita itu tidak berasas, tidak benar dan hanyalah fitnah semata-mata. Oleh itu jika mendengar sesuatu cerita, berita atau khabar-khabar angin, maka hendaklah orang yang mendengar cerita, berita atau khabar-khabar angin itu tidak menceritakan atau memanjang-manjangkan lagi apa yang telah diceritakan kepadanya. Sebagaimana kita tidak suka diri kita diperkatakan orang, sepatutnya kita tidak juga memperkatakan tentang orang lain.

Jika difikirkan, apakah kebaikan yang boleh diperolehi daripada perbuatan-perbuatan sedemikian? Ia tidak lain hanyalah mengembirakan orang yang berhati busuk. Sedangkan sebenarnya mereka itu telah diperdaya oleh syaitan sehingga mereka menjadi kabur, lalu merasakan apa yang mereka lakukan seolah-olah tidak salah tetapi sebenarnya adalah buruk dan berdosa besar. Perkara ini bukan sahaja dilarang oleh agama islam, bahkan undang-undang dalam bernegara juga menegahnya dan boleh diambil tindakan, lebih-lebih lagi jika fitnah itu boleh menggugat keselamatan dan keharmonian dalam beragama, bermasyarakat dan bernegara, begitu juga dengan perbuatan mereka-reka dan menyebarkan khabar angin, baik dilakukan secara individu atau kumpulan, yang bertujuan untuk memfitnah atau mengaibkan maruah atau martabat mana-mana pihak, maka dalam hal ini, perbuatan tersebut akan diambil tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan sebagai langkah dalam memastikan keharmonian dan kententeraman awam.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sebagai bahan renungan, pernah berlaku suatu perisriwa di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam, yang lebih dikenalkan dalam kitab-kitab 'Sirah' Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai 'Hadisul Ifkhi', bila mana terjadinya fitnah ke atas isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam iaitu Sayidatina Aisyah Radiallahu Anha.

Dalam peristiwa tersebut, Sayidatina Aisyah Radiallahu Anha telah difitnah oleh orang-orang 'munafik' yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, dan beberapa orang di kalangan Muslimin telah terpengaruh dengan cerita fitnah yang disebarkan itu. Mereka menabur fitnah mengatakan bahawa Sayidatina Aisyah Radiallahu Anha telah berlaku curang atau membuat hubungan sulit dengan seorang sahabat yang terkenal jujur dan amanah iaitu Safwan bin Al-Muathal. Akhirnya Allah Subhanahu Wata'ala menurunkan ayat Al-Quran sebagai penjelasan bersihnya Sayidatina Aisyah Radiallahu Anha di atas fitnah yang dilemparkan ke atasnya.

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Nuur ayat 19, tafsirnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman,mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian".

Muslimin yang berbahagia,

Membuat fitnah itu dipandang berat dan berat dan dilarang oleh agama islam sebab ia boleh menimbulkan permusuhan dan permusuhan pula boleh menimbulkan kepada perpecahan dan huru-hara. Fitnah adalah tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas dan perbuatan itu mendatangkan azab diakhirat kelak. Ingatlah! Bahawa semua anggota tubuh badan termasuk lidah akan menjadi saksi di depan penghakiman Allah Subhanahu Wata'ala pada hari kiamat.

Akhirnya peliharalah diri dari perbuatan fitnah dan menaburnya. Didiklah diri kita, keluarga kita dan masyarakat dengan saling menasihati dan tegur menegur terhadap perbuatan yang membawa kepada dosa dan maksiat, apatah lagi membawa kepada dosa-dosa besar seperti membuat dan menabur fitnah. Semoga dengan sedemikian, kita dapat menikmati kehidupan yang aman tenteram, dan sentiasa mendapat petunjuk, hidayah dan berkat dari Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Yarabal Alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah Ayat 191 tafsirnya:

"Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan".

(Teks khutbah Jumaat di atas dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam yang dibacakan di seluruh masjid negara itu pada 10 Jun lalu)