SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

"RABBANAA AATINA FIDDUNYA HASANAH
WA FIL AKHIRATI HASANAH
WA QINA ADZABANNAR...."

ya tuhanku, berikanlah kepadaku kehidupan dunia yang baik,
kehidupan akhirat yang baik dan jauhkan kami dari seksa api neraka.....

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT FOLLOW SEMUA


bagi setiap umat mereka mempunyai arah kiblat yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; sesungguhnya dimana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan; sesungguhnya Allah maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
surah al-baqarah 2:148

SOLAT SUNAT HAJAT

Sebagai manusia, apabila timbul atau menghadapi masalah dalam sesuatu perkara maka kita hendaklah memohon pertolongan daripada Allah swt dengan mendirikan solat sunat hajat. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda:

"Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

cara mengerjakan solat hajat.

waktu untuk mengerjakan solat hajat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sama ada siang atau malam. waktu yang terbaik adalah dilakukan pada waktu Qiamullail..

lafaz niat:

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Usolli sunnatal hajaati rak'ataini lillaahi ta'ala.

"Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

rakaat pertama:

bacalah surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.

rakaat kedua

bacalah surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas.


Setelah selesai solat. terus sujud dan membaca tasbih ini :

سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إلَّا لَهُ , سُبْحَانَ ذِي الْمَنِّ وَالْفَضْلِ ,سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ , سُبْحَانَ ذِي الطَّوْلِ , أَسْأَلُك بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِك , وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِك وَبِاسْمِك الْأَعْظَمِ وَجَدِّك الْأَعْلَى , وَكَلِمَاتِك التَّامَّاتِ الْعَامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.

kemudian bacalah doa dan mohonlah apa yang kita hajatkan..



SOLAT SUNAT TAUBAT


Solat taubat dikerjakan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah SWT setelah kita sedar dari melakukan dosa atau merasa diri telah membuat dosa, kemudian bertaubat kepada Allah. solat sunat taubat adalah solat yang disyariatkan. bertaubat juga beerti menyesal tentang perbuatan yang telah dilakukan dan bercita-cita tidak melakukannya lagi dan memohon ampun dari Allah.

solat sunat taubat juga tiada waktu yang ditetapkan untuk melakukannya, boleh dilakukan bila-bila masa sahaja apabila seseorang itu sedar dan menyesal akan kesilapannya. akan tetapi, Seelok-eloknya setelah kita melakukan solat sunat taubat, istighfar, munajat, muhasabah diri, dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi iaitu di waktu Qiamullail.

cara solat taubat:

lafaz niat;


أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ


usolli sunnatal taubati rak'ataini lillaahi ta'ala

"sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

rakaat pertama : baca surah Al-fatihah, selepas itu ayatul Kursi sebanyak 11 kali

rakaat kedua : baca Al-fatihah, kemudian surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali

semasa sujud akhir pada rakaat kedua hendaklah membaca:

sebanyak 40 kali.


لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ

ertinya : tiada tuhan melainkan engkau, maha suci engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang yang zalim.

setelah selesai solat,

Istighfar

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

sebanyak 100 kali



لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيمِ

Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

tiada had jumlah bacaan

doa taubat

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ تَوْبَةٍعَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتَا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُوْرَا

"aku memohon ampun kepada Allah yang maha agung, aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah, aku mohon taubat kepadamu, taubat seorang hamba yang banyak berdosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk berbuat mudharat atau manfaat untuk mati atau hidup mahupun dibangkitkan nanti"..



MANUSIA DAN DOSA


Tiada rasa ketakutan

Apalagi kekesalan jauh dari hati

Disudut laman petang hari

Dosa dibeli sebegitu murah

Dengan hanya berharga satu umpatan

Tentang kain carik di betis orang, tentang kehidupan orang dan jiran


Di warung-warung kopi

Dosa diraih sebanyak-banyaknya

Cukup dibayar kopi secawan

Berlumba-lumba bentang cerita, berita terkini

Serakah seorang tokoh kebencian

Tanpa bukti tanpa saksi

Cerita lipur lara pelosok mukim

Sensasi dilukis sebegitu hina

Potret jalang artis manis dijual

Dengan fitnah dan rempah ditambah

Berbekal sebaris gosip

Dan secebis prasangka


Peluru caci ,tembakan nista

Berpuing-puing membedil wibawa

Dosa di pentas siasah tampak suci

Dibalut di keharusan fatwa spontan

Di sebalik tabir kota malam

Selanggara dosa lebih enak

Dalam ulit-ulitan nafsu jahil

Yang hatinya telah buta pada azab sengsara neraka ….

ORANG-ORANG YANG LALAI



maka disini kita perlu sentiasa mengingati kepada peringatan yang telah diturunkan. peringatannya yang mana kepada seluruh manusia ( orang-orang yang lalai).

"hati-hatilah, berhati-hatilah, agar anda kelak tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang menyesal! dan inilah peringatan dari Allah S.W.T".

"dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. berkatalah orang itu, Ya Rabbku, mengapa engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya dalam keadaan boleh melihat?" Allah berfirman: 'demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat kami, maka kamu melupakannya, dan begitu pula pada hari ini kamu dilupakan'."
(thaha: 124-126)

sebagai manusia, seseorang itu perlulah sentiasa patuh dan ingat akan peringatan yang telah diturunkan, bukan kita hanyut dan terus terseret oleh keduniaan semata-mata sehingga umurnya menjadi sia-sia saja. seseorang itu juga perlu mengetahui dan mengingati supaya tidak ditipu oleh syaitan yang mana dunia ini sebagai tempat yang abadi, lalu merasa berpuas dengan dunia, walaupun tiada seorangpun sebelumnya yang pernah abadi didunia. ini kerana, keabadian itu adalah milik Allah. didalam Al-Quran, Allah telah berfirman memberi kita gambaran yang harus kita ingati, firmannya:

"dan berkatalah syaitan tatkala perkara hisab telah selesai, 'sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. sekali-kali tidak ada kekuatan bagiku terhadapmu melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi dengan seruanku. oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. aku sekali-kali tidak dapat menolongmu. sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku dengan Allah sejak dahulu.' sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan mendapat seksaan yang pedih."
(ibrahim : 22)

dan dari ini, kita dapat lihat sesungguhnya janji Allah itu adalah janji yang benar. dan janji syaitan itu adalah hanya janji semata-mata yang tiada benarnya. maka sebagai manusia kita perlulah menjaga hubungan kita dengan Allah dengan mematuhi setiap suruhannya dan meninggalkan setiap larangannya. dan kita juga perlulah menguatkan keimanan dalam diri agar kita tidak terjerumus dan patuh kepada godaan syaitan.. semoga kita semua berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat... sekiann......