SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

"RABBANAA AATINA FIDDUNYA HASANAH
WA FIL AKHIRATI HASANAH
WA QINA ADZABANNAR...."

ya tuhanku, berikanlah kepadaku kehidupan dunia yang baik,
kehidupan akhirat yang baik dan jauhkan kami dari seksa api neraka.....

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT FOLLOW SEMUA

Showing posts with label SEMASA. Show all posts
Showing posts with label SEMASA. Show all posts

JANGAN RUNTUHKAN PERADABAN NEGARA

Setiap rakyat atau warga negara bukan sahaja mesti kasih dan cinta pada negara dengan semangat patriot yang tinggi tetapi juga mestilah bertanggungjawab membina dan memelihara peradaban negara dengan memastikan kerukunan hidup bermasyarakat pelbagai kaum (multi – racial) juga pelbagai agama (multi – religion) tanpa menafikan Islam, Agama Persekutuan sebagai tiang serinya.

Paling asas, peradaban sesebuah negara dipelihara dengan memastikan elemen - elemen ini tidak tergugat:

* Agama

* Ilmu

* Budaya

* keamanan

Agama tidak boleh dibiarkan menjadi bahan ejekan, persendaan dan penghinaan. Agama adalah untuk dianuti dan dipraktis. Rakyat di dalam negara majmuk seperti Malaysia kebanyakkannya memiliki agama. Kalaupun mana - mana pihak enggan menerima agama persekutuan iaitu agama Islam yang diwahyukan oleh Allah swt, Pencipta sebagai agama anutan dan ikutan, mereka tidak boleh dipaksa untuk menganut agama Islam malah mereka mempunyai hak - hak tertentu yang mesti dipenuhi oleh kerajaan Islam seperti tempat ibadat mereka dan sebagainya.

Sebagaimana Islam tidak boleh memaksa mereka menerima ajaran Islam, begitulah Islam juga melarang penganutnya mempersenda agama - agama lain meskipun aqidah yang diyakini ialah Islam sebagai agama yang benar dan berhak sebagai way of life.

Malah rakyat Malaysia boleh bersatu dalam perkara - perkara tertentu dalam memelihara keharmonian kaum serta memastikan peradaban negara kita tidak runtuh. Antaranya ialah penyimpangan seksual yang menjadi isu kebelakangan ini. Saya percaya, dengan pelbagai alasan dan apa jua sebabnya, semua agama menentang perlakuan seksual songsang yang bercanggah dengan fitrah dan norma luhur manusiawi.

Perlakuan Lesbian, Gay dan Biseksual bukan lahir dari ajaran mana - mana agama kecuali ia datang dari penyimpangan nafsu yang perlu dikawal dan dipulihkan agar kembali kepada fitrah. Atau ada sesiapa boleh tunjukkan kepada semua orang mana satu agama di atas muka bumi ini yang kitab anutan mereka mendidik dan mengasuh penganutnya supaya menjadi lesbian, gay dan biseksual begitu juga transeksual?

Sementara kelompok yang mengaku tidak beragama pula sekurang - kurang mereka masih ada aqal dan naluri untuk berfikir, mengkaji dan memahami realiti ini untuk kembali kepada fitrah. Manusia tidak boleh memerangi fitrah kelak yang binasa hanya diri mereka sendiri. Manusia mungkin boleh berpura-pura untuk menipu orang lain dan menyimpang arah hidup lalu memilih penyimpangan seksual tetapi akhirnya perkara ini membawa penderitaan pada diri sendiri. Kebahagiaan dan kepuasan yang dicari hanya bersifat sementara sedang tuntutan fitrah senantiasa membayanginya.

Kita juga perlu tahu bahawa, golongan yang memilih penyimpangan seksual ini tidak perlu di hina sebaliknya dididik dan dibimbing agar kembali kepada fitrah dan agama yang suci, tetapi wajar juga diinsafi bahawa perlakuan seks menyimpang ini adalah perbuatan yang hina malah dipandang lebih hina daripada perbuatan zina yang turut dimurkai oleh Allah swt. Justeru itu, perlakuan dan perjuangan seksualiti kelompok ini tidak boleh diterima dalam masyarakat bertamadun.

Jika dadah menjadikan pengambilnya sebagai sampah masyarakat, apabila dadah tersebut disalah guna maka begitulah juga dengan seks menjadikan pelakunya sampah masyarakat apabila seks tersebut disalah laku dan menyimpang dari fitrah manusia. Asalnya seks adalah untuk kasih sayang pasangan lelaki dan perempuan yang dicipta oleh Allah swt. pula untuk mengembangkan zuriat umat manusia di atas muka bumi ini. Perlakuannya dihalalkan melalui ijab dan qabul, lantas ia membezakan manusia dengan binatang.

Namun penyimpangan seksual ini merosakkan tujuan murni tersebut. Untuk apa lelaki melakukan hubungan seks sesama lelaki dan perempuan melakukan hubungan seks sesama perempuan? Jika untuk menterjemahkan kasih sayang, mereka tidak perlu melakukan hubungan seks sesama jenis justeru mereka boleh pada bila - bila masa berkasih sayang tanpa seks kerana mereka adalah sesama jenis. Seks sesama jenis tidak mungkin menghasilkan baka atau zuriat sebaliknya ia adalah perbuatan yang keji. Jika amalan ini diiktiraf dan diamalkan oleh semua , bukan sahaja Allah murka, generasi manusia akan pupus.

Lihat sahaja barat pada hari ini. Satu persatu harga diri, nilai peradaban dan nurani kemanusiaan mereka lusuh dan luntur akibat kebebasan tanpa tara dan tiada kawalan fitrah ke atas runtunan nafsu dan syahwah mereka. jauh sekali kawalan agama. Kemajuan material dengan bangunan mencakar langit bukan asas peradaban yang tulen tetapi mesti dibina dengan lahirnya kelompok masyarakat yang bermoral dan beretika.

Kita tidak boleh memburu kemajuan seperti barat yang sedang menjunam nilai kemanusiaannya, ditambah pula dengan kemurkaan Allah swt di atas pelbagai perbuatan mungkar, fasad(kekejian) serta kezaliman yang berlaku. Lantaran itu saya melihat kewujudan sekelompok manusia yang menyimpang perlakuan seksual mereka sebagai pesakit yang perlu dirawat dan dipulihkan jiwa dan nurani mereka dengan terapi ruhani dan juga asuhan agama yang baik.

Setelah semua menyedari bahawa ia bertentang dengan agama, kenapa masih mahu meneruskan perlakuan itu? setelah semua sedar bahawa perbuatan seksual sesama jenis ini adalah perbuatan keji dan bertentangan dengan fitrah, kenapa pula mesti memperjuangkan hak untuk melakukan perbuatan keji itu? Jika ada sekelompok dua yang berkeinginan dan terjebak untuk melakukannya, janganlah kita galakkan mereka dan mengiktiraf perlakuan mereka, sebaliknya kita rawat dan pulihkan mereka. Pihak berkuasa agama mesti memainkan peranan aktif untuk menyelesaikan persoalan ini. Selamatkan mereka dari terjerumus ke jurang api neraka yang panas.

Sebagai contoh, semua kita setuju bahawa dadah itu bahaya dan rokok itu juga bahaya. Maka langkah sewajarnya ialah lancarkan kempen perangi dadah dan rokok, bukan mengiktiraf mereka walaupun kita menyedari bahawa mereka yang telah terjebak tidak wajar disisihkan, sebaliknya diselamat dan dipulihkan. Hatta yang telah dijangkiti virus Aids pun tidak boleh disisih sebaliknya diselamatkan. Tetapi sekali - kali mereka tidak boleh diberi pengiktirafan ! jika tidak, runtuhlah peradaban negara kita.

MUFTI PERAK NASIHAT KERAJAAN PUSAT BENARKAN KELANTAN LAKSANA HUKUM HUDUD




KUALA LUMPUR, 6 Okt: Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menasihatkan pentadbiran Datuk sri Najib agar membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai satu “percubaan” selepas kerajaan pusat terus dengan pendiriannya menyekat langkah sedemikian atas alasan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mufti Perak, Putrajaya perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Taun Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan hudud memandangkan undang-undang jenayah syariah Islam itu sudah digubal pada 1993.

“Kerajaan pusat perlu beri peluang kepada Kelantan untuk laksanakan hudud, Nik Aziz juga kata sudah bersedia... saya setuju dan sokong, cuma dari segi prosedur pelaksanaan perlu lengkap, lagipun nanti kalau kerajaan pusat tak benarkan nanti orang marah.

“Benarkan Kelantan laksanakan hudud, hudud bukan perkara senang nak dilaksanakan kerana banyak perkara perlu dipatuhi... benarkan sebagai percubaan untuk kita yang lihat bagaimana ia dilaksanakan dan kadar jenayah di Kelantan selepas ia dilaksanakan kemudian baru kita nilai,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Harussani yang sebelum ini berusaha mewujudkan kerjasama politik antara PAS dan Umno, khususnya sejak selepas pilihan raya umum 2008 menegaskan, hukum hudud adalah tuntutan Islam dan ia perlu dilaksanakan sekiranya sudah bersedia.

“Kita nak kurangkan kadar jenayah, sekarang kalau kita lihat kalau merompak hukuman disebat dan dipenjara, jual dadah juga sama, tapi adakah mereka sudah insaf tapi kalau kudung tangan sudah pasti mereka akan berfikir dua kali... Islam laksana hudud, saya setuju,” katanya.

Beliau juga berkata, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas umat Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.

“Bukan Islam tiada kena mengena dalam hukum agama Islam, ia tidak akan dikenakan kepada bukan Islam,” katanya.

Ditanya mengenai hukum hudud tiada dalam sistem perundangan negara, Harussani berkata “hal undang-undang saya tidak tahu, saya tak mahu cakap tapi saya setuju dilaksanakan hudud.”

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini menegaskan untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.

Beliau turut meletakkan harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Selain itu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS serius dalam melaksanakan undang-undang hudud dan mengakui orang bukan Islam termasuk DAP mempunyai hak untuk bersuara menyatakan pendirian masing-masing dalam perkara itu.

Pada 24 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS pada 1994.

Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Katanya, kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip “Maqasid Syariah” iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

Ekoran satu kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari sebelum respons Najib itu, Nik Aziz memohon Najib agar menarik balik surat 1994 dan membenarkan kerajaan negerinya melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.