perjalanan hidup ini dipenuhi ranjau yang berduri, menusuk di setiap celah-celah dan langkah kehidupan. kadangkala ia menjadikan kita terlupa bahawa setiap gurisan parutnya meninggalkan bekas yang sukar untuk dihilangkan, begitu jugalah dengan bentuk dosa yang bertahta dalam diri dan hati kita sehingga kita sukar untuk menjauhi dan menepisnya, akhirnya ia terus kekal menjadi milik kita.
seorang insan yang telah merasakan kemanisan iman, mereka sangat membenci dengan maksiat dan dosa. sebaliknya bertambah rindu akan saat bertemu dengan Allah SWT. setiap kali ia menyebut nama Allah, airmatanya akan menitis bercucuran membasahi pipi dan terbayang akan betapa besarnya rahmat Allah dan betapa kerasnya azab seksaannya. orang yang beriman akan sentiasa bertaubat, samaada ketika senang mahupun susah, dengan cara ini dapat membimbing jiwa ke arah keredhaan Allah SWT.
sebagai seorang hamba, kita perlu menjadikan keinsafan dan titisan airmata taubat di dunia ini sebagai penawar untuk memadamkan kepanasan dan kemarakan api neraka di akhirat nanti. semoga taubat kita tergolong dalam taubat nasuha, insya Allah...
No comments:
Post a Comment