SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

"RABBANAA AATINA FIDDUNYA HASANAH
WA FIL AKHIRATI HASANAH
WA QINA ADZABANNAR...."

ya tuhanku, berikanlah kepadaku kehidupan dunia yang baik,
kehidupan akhirat yang baik dan jauhkan kami dari seksa api neraka.....

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT FOLLOW SEMUA

MAKSUD DOA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD



Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (Angkatlah darjatku)

Warzuqnii (Berilah aku rezeki)

Wahdinii (Berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (Sihatkan aku)

Wa’fuannii (Maafkan aku)

EMPAT KUNCI KEMURKAAN ALLAH

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah. Abu Hurairah bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah? Jawab baginda: Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis.

(Riwayat At-Tabrani dan al-Baihaqi)

Huraian Hadis:

1. Allah SWT melaknat orang yang melakukan perbuatan keji dan terkutuk seperti golongan bapuk (pondan), perempuan yang berperwatakan lelaki, mereka yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan homoseksual dan lesbian.

2. Semua perbuatan ini jelas menunjukkan penentangan terhadap hukum fitrah manusia yang seolah-olah menolak ketetapan Allah SWT. Mereka membiarkan hawa nafsu menguasai diri sehingga sanggup melakukan perkara mungkar bahkan lebih jijik lagi sanggup bersetubuh dengan binatang.

3. Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah SWT. Sewajarnya mereka bertindak selaku orang yang berakal fikiran bukan seperti binatang yang bernafsu buas tanpa mengenal buruk baik, halal dan haram.

4. Syaitan adalah musuh utama manusia. Setiap perbuatan buruk yang dilakukan adalah petanda bahawa seseorang itu sudah terpengaruh dengan godaan dan hasutannya.

TARIKAN WANITA (LELAKI BERWASPADA!!!)


Di akhirat nanti terdapat 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

  • Ayah, Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(pesanan; wahai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya solat dan puasa?, menutup aurat?, pengetahuan agama?. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

  • Suami, Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. pergaulan! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(pesanan; wahai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di neraka sana .)

  • Abang, Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(pesanan; wahai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau akan terlepas. kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak. jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat. dan tidak menutup aurat.)

  • Anak lelaki, Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya. maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(pesanan; wahai anak-anak lelaki. sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa. kerana ibu juga insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan dosa. selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka. jika tidak, kamu juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Lihatlah. betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah,suami,abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu.”

BICARA BUAT MU

Andainya dapatku menulis,

Nota-nota cinta buat diriNya,

Inginku titipkan bersama,

Semua kuntuman bunga, Yang indah berseri...

Ku sembur haruman mewangi,

Bersama kata-kata puji,

Sedang DIA tahu kasih dan cintanya aku,

Menjalin ikatan menuju ke Syuga..

Cintaku kepada DIA,

Rinduku hanya padaNya,

Kasihku tulus buatNya Setiaku balas kasihNya,

Kasihku kasih yang setia, pada yang punya..

Dambaku pada yang Esa,

Pujian hanya buatNya,

Akurku kebesarannya.

Teragung maha suci-Nya,

Taat ku hamba yang hina, pada Pencipta.

Kiranya aku hilang arah,

Jalan hidupku berubah punah,

Namun kasihNya tak pernah akan musnah....

"Jadikanlah dirimu MAWAR yang menyeri di jalan dakwah dan biarkanlah MAWAR itu terpaksa di lukai oleh onak dan duri untuk merasai harumnya kasih Ilahi"

TAZKIRAH JUMAAT


Apabila diteliti tentang konsep keistimewaan dan kelebihan manusia berbanding makhluk lain ialah akal pemikiran. Berpandukan akal, manusia dapat mencari ilmu serta memandu mereka ke arah yang baik dan menilai mana yang benar dengan yang salah. Kesesatan dan kemusnahan manusia juga disebabkan mereka tidak menggunakan akal untuk tujuan yang baik. Lantaran itu akal yang bersifat positif jika diarah untuk kebaikan, menjadikan seseorang itu mulia, sekiranya pula diarahkan untuk tujuan kemaksiatan dan kejahatan, menyebabkan manusia itu binasa dan hina.


Al-Qur'an menyebut banyak kali berkaitan dengan akal dan Allah menyatakan tentang bukti-bukti kekuasaanNya untuk manusia memikirkan dengan menggunakan akal untuk mengkaji, mencari ilmu dan mengukuhkan keimanan kepadaNya.