SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

"RABBANAA AATINA FIDDUNYA HASANAH
WA FIL AKHIRATI HASANAH
WA QINA ADZABANNAR...."

ya tuhanku, berikanlah kepadaku kehidupan dunia yang baik,
kehidupan akhirat yang baik dan jauhkan kami dari seksa api neraka.....

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT FOLLOW SEMUA

NEK OH NENEK..



Rahmat : pulang ke kampung..

Nenek : Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi,

nenek minta kamu sambung mengushakan kebun nenek

Rahmat :Jangan cakap macam tu nek, (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung.. dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek :Segala isi perkebunan,ternakan,villa,trak​ tor, semuanya nenek bagi untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek.

" Rahmat :"Baik nek, nenek jangan bimbng tentang hal itu, Tapi dimna kebun nenek?

Rahmat tak pernah tahu?"

Nenek : Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagitau passwordnya.

" Rahmat : "???


TAKBUR (TAKABUR , TAKABBUR)

PENGERTIAN TAKBUR

Rasulullah SAW mendefinisikan “takbur” sebagai sikap “menolak kebenaran dan merendahkan orang lain”.

Pengertian itu Nabi sampaikan kepada orang yang mempertanyakan sikap salah seorang sahabat yang suka memakai baju dan sendal bagus.

Sabda Nabi : Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan. Takbur adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain”.

HR. Muslim.

BAHAYA TAKBUR

Takbur sangat berbahaya bagi manusia. Ia merupakan kesalahan pertama yang dilakukan makhluk Allah (iblis) di dunia ini, yang menyebabkannya diusir dari syurga. Pada kenyataannya takbur itu menyebabkan hal-hal berikut ini :

1. Jauh dari kebenaran. Firman Allah :

“ Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku” 7:146

2. Dikunci mati hatinya. Firman Allah :

“Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang” 40:35

3. Mendapat kegagalan dan kebinasaan. Firman Allah :

“..dan binasalah semua orang yang berlaku sewenang-wenang lagi keras kepala” 14:35

4. Tidak disukai Allah. Firman Allah :

“Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong” 16: 23

5. Tidak akan masuk syurga. Sabda Nabi saw :

“Tidak akan masuk sorga orang yang di hatinya ada sebiji sawi kesombongan”

HR. Muslim

6. Akan menjadi penghuni neraka Jahannam.

“ Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku(berdoa) akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina” 40: 60

Bagi sesiapa yang memiliki sifat sombong, maka ia akan ditutup hatinya dari berakhlak mulia, antara lainnya :

  1. Tidak akan mencintai sesama muslim sebagaimana ia mencintai diri sendiri. ia selalu memandang orang lain lebih rendah dari dirinya sendiri.
  2. Tiada sifat rendah hati atau randah diri, kerana selalu merasa lebih baik.
  3. Tidak akan dapat meninggalkan rasa dendam, karena merasa mampu membalas pihak yang telah merugikannya.
  4. Tidak dapat berlaku jujur. Kerana untuk menutupi kekurangan yang dimilikinya ia akan berdusta.
  5. Tidak akan dapat mengawal perasaan marah. Kerana merasa mampu melampiaskannya atau melepaskannya terhadap orang lain.
  6. tidak dapat menjauhkan diri daripada sifat hasad dengki.
  7. Tidak dapat menerima nasihat dengan baik.
  8. sentiasa memandang rendah terhadap orang lain.

JENIS-JENIS TAKBUR

  • Takbur kepada Allah SWT

Ini adalah bentuk takbur yang terburuk, seperti mana yang pernah dilakukan oleh Namrud, Fir’aun dan sejenisnya.

  • Takbur kepada rasul

Bersikap tinggi hati, menolak dari mengikuti dan mematuhi ajaran yang disampaikan Nabi saw, kerana menganggapnya sebagai manusia biasa, Seperti yang dinyatakan kaum kafir Quraisy kepada Nabi : “Bagaimana kami boleh duduk di sisimu wahai Muhammad, sedangkan yang ada di sampingmu adalah orang-orang faqir”

  • Takbur terhadap sesama manusia

Iaitu dengan membangga diri dan merendahkan orang lain. Takbur ini meskipun tidak seberat yang pertama dan kedua, namun masih sangat berbahaya karena :

  1. Kebesaran dan kehormatan hanya milik Allah, selainnya lemah dan terbatas.
  2. Apabila seseorang takbur, ia merampas salah satu sifat kebesaran Allah.

SEBAB-SEBAB TAKBUR

Sacara umumnya bagi orang yang sombong adalah orang yang memiliki kebanggaan diri, kerana memiliki sifat,kemampuan atau prestasi lebih dari yang lain.

1. Ilmu


Takabbur karena ilmu sangat mudah terjadi, iaitu dengan munculnya perasaan lebih mulia dari orang lain. Atau merasa telah mendapatkan tempat mulia di sisi Allah dengan ilmunya. Ia lebih risaukan orang lain daripada diri sendiri. Kesombongan kerana ilmu ini mudah terjadi disebab dua perkara :

  • ilmu yang dipelajari bukan ilmu hakiki. Kerana hakikat ilmu adalah yang mampu memperkenalkan manusia akan Rabb-nya, keadaan ketika bertemu Allah dan hijab yang menghalanginya dari Allah. Ilmu yang demikian akan melahirkan sikap tawadhu’(rendah hati) bukan takabbur.
  • keadaan hati yang kotor saat menuntut ilmu, sehingga salah niatnya dan jadilah takbur dengan ilmu yang dipelajarinya.

2. Amal Ibadah

Orang yang masuk dalam kehidupan zuhud (tumpuan dalam amal ibadah) tidak terkecuali terbebas dari takbur. contohnya dengan zuhudnya itu, merasa lebih layak dikunjungi daripada mengunjungi. Lebih layak dibantu daripada membantu, menganggap orang lain sengsara di neraka dan merasa hanya dirinya yang selamat.

Rasulullah bersabda :

“Jika kamu mendengar ada orang yang berkata : “Binasa semua manusia” maka dialah yang paling dahulu binasa.”

HR Muslim.

Dengan pernyataan ini ia membanggakan diri dan merendahkan orang lain.

3. Hasab (kedudukan) dan Nasab (keturunan)

Orang yang berasal dari keluarga terhormat mudah merendahkan orang lain yang datang dari keluarga bukan terhormat, meskipun orang itu lebih baik ilmu dan amalnya, dan bahkan takbur kerana faktor ini sering kali membuat ia menganggap orang lain sebagai hambanya atau tidak setaraf dengannya, dan rasa keberatan untuk bergaul dengan mereka.

Dari Abu Dzarr ra berkata:

Suatu hari pernah aku bersengketa dengan seseorang (Bilal) di hadapan Nabi. Lalu aku berkata kepada orang itu “Hai anak hitam”.

Nabi segera memotong ucapanku:

“Hai Abu Dzarr, tiada lebih baik orang putih dari yang hitam, kecuali dengan taqwa”.

Mendengar itu saya berbaring dan mempersilakan Bilal untuk menginjak-injak muka saya.

HR Ahmad.

Dalam hadis di atas, Rasulullah segera menegur orang yang merasa lebih baik keturunannya. Dan Abu Dzarr segera bertaubat menyesali perbuatannya.

4. Al Jamal (ketampanan/kecantikan)

Takbur kerana faktor ini lebih banyak terjadi, terwujud dalam celaan, atau terhadap kekurangan pihak lain.

5. Al Maal (kekayaan)

Takbur ini terjadi kerana merasa lebih kaya dan merendahkan orang yang dipandang kurang kaya dengan ucapan maupun sikap-sikap lainnya. Seperti ungkapan : “wang belanja anak saya sehari, cukup kamu makan seumur hidupmu, dll.

Hal ini terjadi kerana ketidak tahuannya akan fadhilah (keutamaan) orang miskin dan bahaya kekayaan. Seperti yang pernah terjadi kepada Qarun yang akhirnya binasa bersama hartanya.

6. Al Quwwah (kekuatan)

Kekuatan dan kegagahan dapat memunculkan takbur atas mereka yang lemah dan tidak berdaya.

7. Al Atba’ (pengikut/pendukung)

Banyaknya pengikut, pendukung, murid, keluarga, kerabat, dsb. sering memunculkan kesombongan pada orang yang memilikinya. Seeorang menjadi takbur kreana ramai pengikutnya, dll.

Secara umum, setiap nikmat yang boleh dianggap sebagai nilai(lebih) pada seseorang boleh terdedah kepada lahirkan benih takbur pada dalam diri seseorang itu.

PECEGAHAN TAKBUR

Takbur adalah penyakit berbahaya yang boleh menyerang siapa sahaja. Pencegahan dan pemberantasan penyakit ini harus dilakukan dengan serius. Pengobatan intensif terhadap pengidap penyakit ini harus dilakukan dengan cermat dan seksama.

Terdapat dua tahap utama dalam melakukan terapi sifat takbur, yaitu :

1. mencabut akar dan pohonnya dari hati.


  • Untuk mencabut pohon takabbur beserta akar-akarnya diperlukan dua kekuatan, yaitu ilmu dan amal.

Ilmu yang diperlukan dalam situasi ini adalah ma’rifatunnafsi (mengenal diri sendiri) dan ma’rifatullah (mengenal Allah). Dua hal ini sudah cukup untuk mencabut akar takbur dari hati manusia. Sebab jika seseorang sudah mengenali dirinya sendiri dengan pengenalan yang benar, maka ia akan sedar bahawa ia adalah makhluk hina, lebih lemah dari lainnya, lebih miskin dari siapapun jua. Tidak ada yang penting baginya kecuali rendah diri kepada sesama manusia. Dan jika ia mengenali Allah dengan sebenarnya maka akan diketahuinya bahawa tidak ada yang layak untuk takbur terhadap Allah – Allahu Akbar.

Amal yang diperlukan adalah sikap tawadhu’ kepada sesama manusia kerana Allah, dengan sentiasa meneladani akhlak orang-orang soleh sebelumnya seperti akhlak Rasulullah SAW yang makan duduk di atas tanah (tanpa kerusi) dan mengatakan :

”Sesungguhnya aku adalah hamba biasa yang makannya seperti hamba lainnya”

Tawadhu’ tidak cukup dengan ilmu, ia harus bersama amal. Dari itulah rukun Islam utama setelah syahadat adalah menegakkan solat kerana dalam solat itu terdapat banyak rahsia hidup dan yang terpenting adalah pembiasaan agar seorang muslim yang mendirikan solat dengan ruku’ dan sujudnya terbiasa tawadhu’ serta tidak lagi sombong.

Ada pelbagai cara yang dapat digunakan untuk menguji keberadaan takbur pada diri seseorang itu, antaranya:

  1. Berbincang sesuatu perkara dengan sesama teman. Jika kebenaran muncul dari orang lain, bagaimanakah tanggapannya, keberatan atau menerima dengan terbuka dan mudah.
  2. kesanggupan dalam memenuhi undangan orang miskin.
  3. Membawa keperluan sendiri, keluarga, atau sahabat dari pasar atau tempat lainnya sampai rumah. Jika keberatan maka ada takbur. Jika mahu kerana terpaksa maka itu kemalasan. Jika mahu kerana disaksikan ramai orang maka itu riya’.

Inilah beberapa situas berkumpulnya riya’ dan takbur pada seseorang. Jika dalam keadaan ramai orang maka riya’ ikut terjebak, jika dalam kesepian takbur terus mengintai.

Dengan mengenali keburukan kita kenali kebaikan. Dan dengan mengenali penyakit kita temukan ubatnya.



RAWATAN LIDAH


Seorang pemuda mendapatkan pemeriksa dirinya di sebuah klinik..

Setelah beberapa soalan di tanya kepada doktor berkenaan penyakitnya..

Doktor itu menyuruhnya berbaring dan membuka mulutnya kemudian mengeluarkan lidahnya panjang2. Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya.

Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri & berkata.. "Sudah selesai. Sekarang masukkan lidahmu dan tutup mulutmu semula!"

Dengan kehairan pemuda yang melakukannya dan bertanya..

"Doktor, tadi doktor suruh saya berbaring, membuka mulut dan mengeluarkan lidah panjang2, tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi?"

"Supaya," jawab si doktor.. "Saya boleh menulis report kesihatan kamu dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan2mu yang bertubi-tubi seperti tadi!"

pemuda:????



BARAH PAYUDARA ANCAMAN BUAT LELAKI



PERUBAHAN pada saiz dan bentuk payu dara antara gejala barah.

Amalan pemakanan, faktor genetik.

BARAH payu dara sebenarnya bukan hanya penyakit wanita walaupun fakta saintifik menjelaskan ia 100 kali lebih kerap ditemui di kalangan wanita. Lelaki juga berisiko diserang barah payu dara apatah lagi jika mereka lahir dalam keluarga yang memiliki sejarah penyakit barah, dalam apa sahaja jenis barah.

Statistik Daftar Kanser Kebangsaan merekodkan 56 kes baru kanser payudara lelaki pada 2002 dan 24 kes baru pada 2003.

Pada 2002, kanser payu dara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan lima lelaki India dengan sekitar 71 peratus daripada mereka yang didiagnosis adalah berumur 50 tahun atau lebih. Daripada 24 kes baru yang dilaporkan pada 2003 pula, 11 pesakit membabitkan kaum Cina dan selebihnya berbangsa Melayu.

Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payu dara, Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan Dr Nik Munirah Nik Mahdi berkata, walaupun faktor genetik dikaitkan sebagai punca utama barah payu dara di kalangan lelaki namun, tiga pesakit barah payu dara yang mendapatkan rawatan di HUSM tahun lalu tidak langsung memiliki sejarah keluarga yang menghidap barah.

“Ia menjelaskan barah payu dara boleh menyerang semua orang. Tidak kira lelaki itu lelaki tulen atau lelaki yang mengambil hormon wanita, ”katanya.

Sebelum ini, penyelidik percaya selain genetik faktor risiko lelaki yang menghidap barah payu dara kerap juga dikaitkan dengan tahap hormon estrogen yang tinggi seperti yang ditemui di kalangan pesakit sirosis atau sindrom Klinefelter.
“Amalan pemakanan juga mungkin antara penyebab. Sekarang ini terlalu banyak makanan segera di pasaran. Begitu juga kesegaran sayur-sayuran, ayam, daging atau ikan yang dijual banyak bergantung pada bahan kimia. Kita pun tidak pasti apakah penggunaan bahan kimia begini boleh menjejaskan kesihatan atau tidak,” katanya.

Jelas Dr Munirah, jika di negara Barat majoriti kes kanser payu dara lelaki membabitkan mereka yang berusia dalam lingkungan usia 50 atau 60 tahun, namun di Malaysia kebanyakan mereka yang dikesan dengan barah payu dara berusia 40 tahun ke atas. Malah, kajian mendapati kanser payu dara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih agresif berbanding sel kanser yang menyerang golongan wanita. Lebih memburukkan keadaan jika pesakit datang mendapatkan rawatan ketika penyakit sudah berada di tahap empat.

“Daripada pengalaman saya mengendalikan kes payu dara lelaki, kebanyakan pesakit datang mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Umumnya mereka gelisah apabila melihat perubahan saiz payu dara yang besar sebelah, kelihatan bengkak selain menyedari kewujudan benjolan di belakang puting,” katanya.

Bagi negeri Kelantan saja, Majlis Kanser Nasional merekodkan dari 1999 hingga 2006, enam lelaki meninggal dunia akibat penyakit itu. Bahkan kebanyakan kanser payudara yang menyerang lelaki kesannya jauh lebih buruk kerana kanser terbabit akan menular kepada organ lain dengan cepat hingga membawa kematian.

Keadaan ini disebabkan payu dara mereka bersaiz kecil, kurang tisu dan lebih dekat dengan dada berbanding payu dara wanita.

Walaupun berlaku peningkatan kes, namun secara umumnya barah payu dara lelaki masih lagi dianggap sedikit iaitu satu peratus daripada jumlah keseluruhan kes barah payu dara. Di Amerika Syarikat misalnya, Persatuan Barah Amerika menganggarkan pada 2008, 1,990 kes baru dikesan. Daripada jumlah itu, 480 kematian dilaporkan setiap tahun berbanding 40,000 kematian membabitkan kes barah payu dara wanita.

Jelas Dr Munirah, rawatan barah payu dara lelaki dan perempuan tidak berbeza. Sebaliknya ia bergantung pada tahap kesihatan, tahap barah yang dialami dan pilihan pesakit itu sendiri. Secara umumnya, barah ditangani dengan pembedahan, kemoterapi dan radioterapi.

INFO
Faktor Risiko Barah Payu dara Lelaki

  • Pendedahan pada radiasi
  • Tahap hormon estrogen yang tinggi
  • Sindrom Klinefelter
  • Sejarah keluarga yang menghidap apa sahaja jenis barah
  • Obesiti
  • Usia meningkat
  • Masalah hati (misalnya sirosis)
  • Peminum arak tegar

Gejala

  • Benjolan (yang tidak sakit) pada tisu payu dara
  • Perubahan saiz payu dara atau kulit payu dara misalnya berkedut, tertarik ke dalam atau kemerah-merahan
  • Perubahan pada puting payu dara misalnya tertarik ke dalam atau kemerahan
  • Lelehan keluar daripada puting

sumber : BH