Pages

TEMUBUAL BERSAMA PENGEMBALA BIRI-BIRI



Temubual seorang pemuda dengan pakcik pengembala biri-biri. 

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak pulak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....


PENGARUH MUSUH-MUSUH ISLAM TERHADAP UMAT ISLAM


MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali 'Imran ayat 19 yang tafsirannya:

"Sesungguhnya agama yang benar dan diredai di sisi Allah ialah Islam".
Agama Islam adalah agama yang memimpin umatnya ke jalan kebenaran, kebaikan dan menunjukkan jalan selamat, menyelamatkan daripada kehidupan yang gelap- gelita kepada cahaya kebenaran. Kebenaran Islam tidak boleh dipertikai, bahkan Islam itu sesuai menjadi pegangan pada bila-bila masa dari dahulu hingga sekarang dan akan datang. Oleh itu, kita amat bersyukur kerana agama yang menjadi pegangan kita ialah agama Islam dan menjadi agama rasmi bagi Negara kita. Adalah menjadi kerugian besar kepada sesiapa yang menolak Islam sebagai agamanya sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali 'Imran ayat 85 yang tafsirannya:
"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada Hari Akhirat kelak dari orang-orang yang rugi".
Ini jelas menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang sempurna, agama yang diredai dan merupakan sebesar-besar nikmat dari Allah Subhanahu Wataala. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Maa-idah ayat 3 yang bermaksud:
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu."
Walaupun telah jelas terbukti bahawa agama Islam itu adalah agama yang benar dan lurus dan disampaikan kepada umat manusia, namun masih ada juga golongan manusia yang ingkar dan tidak senang dengan kewujudan Islam, bahkan merasakannya seperti duri dalam daging yang sepatutnya dihapuskan. Inilah dia niat musuh-musuh Allah, Rasul dan agama Islam, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 yang maksudnya:
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu wahai Muhammad sehingga engkau menurut agama mereka yang telah terpesong itu. Katakanlah kepada mereka: Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya wahyu yang memberi pengetahuan kepadamu tentang kebenaran, maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."
Oleh itu berhati-hati dan berwaspadalah, jangan sampai kita kalah dan tunduk kepada pengaruh musuh-musuh Islam, apatah lagi untuk menukar agama Islam kepada agama lain yang tidak diredai Allah Subhanahu Wataala.
Perlu disedari bahawa musuh Islam tidak kenal jemu untuk menghapuskan agama Islam dan umatnya dari muka bumi ini, mereka menggunakan banyak taktik, antaranya mereka akan mendampingi orang dalam kesusahan, seperti tidak mempunyai pekerjaan, tidak mempunyai tempat tinggal, di mana mereka akan membantu mereka yang dalam kesusahan itu dengan memberi sara hidup, pekerjaan, tempat tinggal, pendidikan dan bermacam-macam lagi. Dalam keadaan manis inilah berlakunya udang di sebalik batu di mana mereka akan memulakan gerakan dakwah mereka dengan memberikan risalah-risalah, kitab-kitab, kaset dan cd yang berunsur dakwah agama mereka, setelah itu, akan mengajak melakukan sembahyang cara mereka dan akan diberi minum sejenis air hitam yang boleh menyebabkan lidah menjadi hitam dan tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah dan tidak dapat mendengar azan. Apa yang anehnya air hitam itu hanya khusus untuk diberi minum kepada orang-orang Islam sahaja.
Berdasarkan pengakuan mereka yang pernah terpedaya dan keluar daripada agama Islam, adalah kebanyakannya berpunca daripada desakan hidup, kurang pengetahuan agama dan lemah iman, di sinilah bahayanya jika tiada didikan agama. Dalam hal ini kita hendaklah sentiasa berwaspada dan para ibu bapa hendaklah memainkan peranan mereka sebagai orang yang dipertanggungjawabkan memelihara dan menjaga anak mereka supaya memberi didikan yang sempurna untuk dunia dan akhirat. Mengabaikan mereka bererti akan merosakkan masa hadapan mereka.
Sesungguhnya Muslim yang sejati dan hakiki tidak akan menggadai agamanya, tetapi sebaliknya rela berkorban apa sahaja demi mempertahankan kesucian agama Islam dari dicemari dan dipersendakan walaupun menghadapi apa jua rintangan dan halangan dari pihak musuh. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali 'Imran ayat 83 yang tafsiranya:
"Patutkah sesudah mengakui dan menerima perjanjian itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Pada hal kepada-Nya tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan."
Peganglah agama Islam itu dengan penuh yakin kerana agama Islam itulah agama yang benar, dan Allah Subhanahu Wataala tidak akan menerima agama lain selain agama Islam. Dan kerjakanlah segala perintah Allah Subhanahu Wataala, kerana melalaikannya bererti mendedahkan diri kepada kebinasaan dan seksaan Allah Subhanahu Wataala. Marilah kita menguatkan keimanan kita dan mengukuhkan perpaduan umat Islam, jangan mudah terpedaya dengan kemewahan dan kesenangan dunia sehingga sanggup menggadai agama sendiri demi mencapai maksud peribadi. Nau'zubillahi Minzalik.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 127 yang tafsirannya:
"Dan mereka orang-orang kafir itu sentiasa memerangi kamu hingga mereka mahu memalingkan kamu dari agama kamu. Kalau mereka sanggup melakukan yang demikian dan sesiapa di antara kamu yang murtad berpaling tadah dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya yang baik di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, kekal mereka di dalamnya selama-lamanya."


MEMAHAMI HUKUM HUDUD ( SIRI 5)

Bukankah negara kita masyarakatnya majmuk? melaksanakan hukuman hudud akan menjadikan negara kita huru - hara dan rakyat dalam keadaan ketakutan. Bolehkah hukuman tersebut dilaksanakan dalam dunia moden ini?


22.  Buat kesekian kalinya ingin ditegaskan bahawa hukum Hudud ialah hukum Allah swt Tuhan yang Mencipta manusia dengan segala kemajmukannya. Majmuknya manusia di atas muka bumi ini bukan berlaku secara secara silap mata atau magik sihir, tetapi ia adalah hasil ciptaan Allah Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijak. Sehingga hari ini, tiada siapa yang berani menafikan fakta bahawa Allah yang mencipta manusia samada manusia itu berkulit putih atau berkulit hitam. Samada manusia itu berbangsa Arab atau bukan Arab seperti Melayu, Cina dan India. Lihat pengakuan Allah swt yang tidak pernah dinafi oleh sesiapa di dalam surah al Hujurat ayat 13 yang bermaksud :

"Maksudnya : Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menjadikan kamu terdiri dari lelaki dan perempuan dan kami telah jadikan kamu berbilang - bilang bangsa dan puak supaya saling kenal - mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."

 23. Apabila Allah yang mencipta manusia dan ianya tidak boleh dinafikan oleh sesiapa, maka kenapa kita tidak pula boleh menerima hukum yang juga dicipta oleh Allah swt untuk mendisiplinkan kehidupan manusia [ makhluk yang diciptaNya ] di atas muka bumi. Siapa lagi yang lebih mengetahui tentang selok belok kehidupan manusia secara zahir dan batinnya jika tidak penciptanya sendiri iaitu Allah. Pertanyaan Allah swt sehingga hari ini, tiada siapa yang mampu menjawabnya, apa lagi menandinginya sebagaimana yang termaktub di dalam surah al Baqarah ayat 138 :
 
"(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat"."

 24. Setelah kita yakin bahawa hukum Hudud ini dari Allah swt., bagaimana masih tersangkar prasangka bahawa hukum ini akan mencetuskan huru - hara? berlaku huru - hara bukan kerana perlaksanaan hukum Allah swt ini, tetapi kerana manusia menolak hukum tersebut. Mudah difahami apabila kita melihat realiti masyarakat kita hari ini. Huru - hara yang dimaksudkan telah pun berlaku sedang hukum Allah belum dilaksanakan dalam negara kita .

25. Ayah rogol anak, cucu perkosa nenek, anak menengking ibu yang sedang solat,   gengster [ along ] berleluasa, jenayah bunuh berlaku setiap hari, penderaan terhadap kanak - kanak, buang bayi, isteri derhaka kepada suami, suami menyeksa isteri, pemimpin menzalimi rakyat, yang kaya menindas yang miskin, yang lemah tidak terbela, pergaulan bebas, pelacuran, pengedaran dadah dan 1001 mungkar bersarang dalam negara kita. Bukankah ini huru - hara yang berlaku tanpa kawal. Kenapa salahkan hukum Hudud sedang hukum itu belum dilaksanakan lagi?

26. Tiada siapa yang perlu takut dan bimbang kepada hukum Hudud kecuali penjenayah. Hukum Hudud adalah undang - undang Jenayah syariat Islam. Hukuman ini hanya akan dijatuhkan ke atas penjenayah setelah sabit kes. Justeru itu, tiada siapa yang perlu rasa takut terhadap hukuman Hudud kerana hukuman tersebut sekali - kali tidak akan dijatuhkan ke atas mereka yang tidak bersalah atau dalam erti kata lain, tidak melakukan perbuatan jenayah seperti bunuh, mencuri, zina, menuduh orang lain yang baik berzina tanpa saksi, merompak dan minum arak. "Berani kerana benar dan takut kerana salah" adalah bidalan para bijak pandai yang masih terpakai hingga ke hari ini.

27. Non muslim juga tidak perlu takut terhadap perlaksanaan hukum Hudud justeru Hudud adalah hukum yang wajib terpakai ke atas umat Islam sahaja sementara non muslim diberi peluang memilih. Jika mereka bersedia dengan rela mahu menerima pakai hukum Allah, maka dibenarkan sementara mereka enggan maka dipulangkan mereka kepada hukum agama mereka jika agama mereka menyediakan bentuk hukuman tertentu di atas kesalahan yang dilakukan atau jika tiada, berlandaskan konteks negara kita, kembali kepada undang - undang konvensional yang ada pada hari ini. Keputusan memberi hak memilih kepada non muslim ini adalah dari ketetapan Allah swt yang tidak boleh persoal oleh manusia. Firman Allah swt di dalam surah al Maaidah ayat 42 yang bermaksud:

 "Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

28. Melalui perbahasan ayat ini di dalam kitab Tafseer al Baghawi menjelaskan pandangan para mufassirin seperti an Nakhaei, asy Sya'bi, Atha' dan Qatadah rhm mengatakan bahawa hakim diberi hak memilih samaada pesalah non muslim dari kalangan ahlul zimmah dijatuhkan hukuman melalui hukum Hudud ataupun dirujuk kepada hukum yang disediakan oleh agama mereka.