Pages

CINTA SEORANG SUAMI



"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut
sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang
isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.


"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke
bilik kerana sudah tidak sabar-sabar hendak bertolak pulang ke
kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah
anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan.
Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin
berkata kepada isteri tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang
empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang.
Begitu juga dengan isterinya, Liza.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam
hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin
lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah
tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak
ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.

Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan
dipotongnya. Bangga betul Usin pada ketika itu. Terlupa dia sekejap
pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga
dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai
kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat
bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya
memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Liza...tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas
ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah
berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong
dia aaa...."

Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak
ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan
....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar
dan..... BANG!!

.......................................................................................................................................................................



"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.

"Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana
anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin
tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis
semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat.

"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus
menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan
tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? tanya ayah usin
pada emaknya.

......................................................................................................................................................................

"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak
berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun
pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu
keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam
tin biskut.


Sekian.

The moral Of The Story Is : Pandulah dengan berhati-hati
walaupun didalam mimpi!!!

2 comments: