"Nur hidayah (petunjuk) Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya, di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang".
Peranan masjid sebenarnya bukan setakat sebagai tempat untuk beribadat semata-mata seperti mengerjakan sembahyang fardu lima waktu, Sembahyang fardu Jumaat dan Sembahyang sunat dua Hari Raya, tetapi lebih daripada itu. Kerana itulah usaha yang mula-mula dijalankan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam semasa Baginda mula-mula sampai di Kota Madinah di dalam perjalanan hijrah Baginda ialah mendirikan masjid. Di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam fungsi masjid dibahagikan kepada dua.
Pertama: Sebagai pusat ibadat iaitu tempat bersembahyang, membaca Al-Quran, bertadarus, mengutip zakat, beriktikaf, berzikir dan bermacam-macam lagi.
Kedua: Masjid adalah sebagai pusat atau tempat pendidikan dan pengajaran, sebagai perpustakaan, tempat pengadilan, tempat angkatan tentera berkumpul bagi memulakan perjuangan, tempat pentadbiran dan mengatur strategi peperangan, sebagai tempat membuat pengumuman serta pesanan kepada masyarakat dan bermacam-macam lagi.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Taubah ayat 108 yang tafsirnya:
jadi disini, kita juga perlulah mengimarahkan lagi masjid-masjid ditempat kita tinggal yang mana. "Telah menjadi kewajipan kita untuk menonjolkan segala syiar Islam di negara ini, iaitu satu-satunya yang terpenting ialah masjid atau lain-lain tempat peribadatan bagi orang-orang Islam. Ianya mestilah wujud bersemarak, sebagai tanda adanya ummah dan tegaknya agama. Kita tidaklah boleh memandang sepi sahaja perkara ini kerana ia adalah lambang kemuliaan dan keagungan yang sebenar-benarnya".
Di negara kita Malaysia, masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat telah banyak dibangunkan dengan menyediakan kemudahannya semata-mata bagi keselesaan umat Islam di negara ini melakukan amal ibadat. Fungsi dan kemudahan yang disediakan di masjid-masjid tidak hanya tertumpu untuk tempat bersembahyang sahaja, bahkan juga sebagai tempat mengadakan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan seperti kelas-kelas bimbingan dan kursus-kursus termasuklah kursus fardu 'ain, fardu kifayah, bagi mereka yang hendak melangsungkan perkahwinan (akad nikah) dan juga tempat menyalurkan khidmat nasihat kepada belia-belia dan sebagainya.
Perlu diketahui bahawa memakmurkan masjid itu termasuk juga menjaga kehormatan masjid, menjaga adab-adab ketika berada di dalamnya, menjaga kebersihannya dan bermacam-macam lagi amalan untuk memakmurkannya.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda: Barangsiapa pergi pada waktu pagi ke masjid dan pada waktu petang, Allah akan menyediakan baginya sebuah rumah tumpangan di dalam Syurga".
(Riwayat Al-Bukhari).
Melihat betapa banyaknya kelebihan-kelebihan yang dijanjikan Allah Subhanahu Wataala bagi orang-orang yang memakmurkan masjid itu, maka kita sebagai umat Islam, eloklah mengambil peluang ini dengan melazimkan diri kita ke masjid, beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala dan juga mengikuti majlis-majlis keagamaan yang diadakan. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang dijanjikan Allah mendapat perlindungan di Hari Kiamat nanti.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 18 yang tafsirnya:
"hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah Subhanahu Wataala dan Hari Akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah. Dengan adanya sifat-sifat yang tersebut maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk".
No comments:
Post a Comment