Hadis:
Rasulullah SAW
bersabda, maksudnya: “Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan
yang halal dan menahan dirinya daripada meminta-minta (tidak menjadi pengemis)
dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang
terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa
dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu
malam.”
(Riwayat
At-Tabrani)
Huraian:
- Sesungguhnya Allah SWT amat mengasihi orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.
- Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.
-
. Kita mesti mencari rezeki yang halal kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan seumpamanya, lambat laun akan menimbulkan masalah dalam kehidupan di dunia malah kecelakaan di akhirat.
No comments:
Post a Comment