Pages

KEMURKAAN ALLAH SWT.....

Sendaan terhadap peringatan yang diturunkan Allah SWT………

Sebagai manusia, kita perlulah sentiasa patuh dan taat dengan perintah allah… akan tetapi pada masa kini sudah terdapat ramai manusia yang angkuh dan berani mempermainkan, mempersendakan, menjadikan sebagai gurauan dan jenaka terhadap peringatan yang diturunkan oleh Allah SWT…. Dari hari ke hari pelbagai tragedi dan bala yang diturunkan oleh Allah SWT, akan tetapi semakin ramai yang sesat dan tidak insaf…. Sebagai manusia kita perlu ingat terhadap apa yang pernah diturunkan oleh Allah sebelum ini.. sebagai contoh, kaum Nabi lut yang melakukan maksiat homoseksual di kota as-sadum telah ditimpa bala di mana bumi di terbalikan… jadi kita pada masa kini harus jadikan peristiwa ini sebagai sempadan, bukan terus melakukan pelbagai maksiat…

Untuk itu kita sebagai manusia haruslah mengingati perkara dan tanda-tanda yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT… antaranya…

  • Meninggalkan solat, tidak berpuasa, tidak mengeluarkan zakat.
  • Syirik, sihir, membunuh manusia, membunuh diri.
  • Derhaka kepada manusia, memutuskan silaturrahim, sombong
  • Berzina dan melakukan hubungan sejenis
  • Memakan riba, meminum arak, berjudi, mencuri, merompak
  • Sumpah palsu, berbohong, rasuah, mencari kesalahan orang lain..
  • Mencela nabi dan para sahabat, menabur fitnah, khianat.
  • Hakim yang tidak adil, pemungut cukai yang zalim..
  • tidak cemburu (dayus), derhaka kepada suami, mengingkari janji.
  • Ulamak dunia (jahat), pemimpin yang kejam, makan dari kekayaan yang haram
  • Putus asa daripada rahmat Allah.
  • Meninggalkan solat jumaat, tidak mengerjakan haji bagi yang mampu.
  • Wanita menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita
  • Menyakiti dan menghina umat islam..
  • Mengintip dan membuka rahsia orang lain…
  • Dan melakukan pelbagai lagi perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT…

Kesimpulanya, sebagai manusia kita haruslah sentiasa menjauhi larangan Allah SWT…. Dan saya berharap kita akan sama-sama menjaga kesucian agama islam serta sama-sama memperbaiki kelemahan kita……